Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

EMPAT PROJEK PKPNK SUDAH NAMPAK HASIL-EXCO PERTANIAN
utama

EMPAT PROJEK PKPNK SUDAH NAMPAK HASIL-EXCO PERTANIAN

Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 24 November- Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) mempunyai empat projek yang sudah menampakkan hasil sejak mula beroperasi pertengahan 2019.

Menurut Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Ismail, Projek- projek tersebut ialah projek tanaman hidrofonik dan fitergrasi, projek tanaman tebu telur, projek penternakan lembu pedaging dan kilang penghasilan cuka daripada buah dokong dan rambutan untuk mengurangkan kesan lambakan buah-buahan bermusim di Kelantan.

"Selain daripada empat projek tersebut terdapat empat lagi projek yang sedang dalam pembinaan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, iaitu projek pembinaan struktur reban ayam tertutup, projek pembangunan pusat akuakultur ikan air tawar, penambahbaikan infrastruktur pengaliran sumber air untuk tanaman dan projek pembangunan sumber makanan untuk ternakan".

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Kelantan (ADN) Mengkebang, YB Zubir Abu Bakar, di Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15, tahun 2024, hari ini.

Menurut Dato' Tuan Saripudin lagi, setakat ini PKPNK mempunyai 17 buah struktur pelindung hujan untuk  tanaman hidrofonik dan fertigasi.

"Bagi projek tanaman tebu telur pula, pihak PKPNK telah bekerjasama dengan Persatuan Peladang Sri Gunong dan PKPNK telah menyediakan tanah seluas 80 ekar yang telah ditanam dengan tebu telur secara berperingkat pada tahun ini. Projek ini akan dapat meningkat sosioekonomi penduduk setempat dan Negeri Kelantan.

"Bagi projek penternakan lembu pedaging secara hibrid, pihak PKPNK mulakan projek ini dengan 30 ekor lembu induk Charolais untuk projek pertama. Sekarang PKPNK mempunyai 30 ekor anak kelahiran baharu lembu baka tersebut," katanya.

Tambahnya, pihak PKPNK juga telah melaksanakan beberapa langkah untuk merancakkan pasaran produk hiliran.

"PKPNK telah menyediakan platform pasar rakyat Kel-Agro serta melibatkan diri dalam pameran dan ekspo, meningkatkan kualiti upstream kepada downstream bagi pembungkusan yang lebih baik untuk pasaran luar negeri dan luar negara serta menyediakan pusat pengumpulan produk hiliran pertanian untuk membantu memasarkan produk hiliran pertanian dengan lebih meluas," jelasnya ketika menjawab soalan tambahan daripada ADN yang sama.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook