Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Hak kaum minoriti tidak pernah dipinggir

Hak kaum minoriti tidak pernah dipinggir

 


KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak pernah menafikan hak-hak kaum minoriti termasuk masyarakat India yang tinggal di Kelantan.

Adun Bunut Payong Shaari Mat Yaman berkata, bantuan kebajikan yang disediakan kerajaan negeri turut diberi kepada kaum India termasuk skim beras al Itam, Takaful Kifaalah, az Ziwaaj dan pelbagai lagi. 

Katanya bantuan diberi kepada mereka yang layak tanpa mengira kaum dan agama termasuk masyarakat India, Cina, Siam dan Orang Asli. 

"Lebih istimewa lagi masyarakat berbilang kaum di negeri Serambi Mekah fasih bercakap dalam loghat Kelantan," katanya pada majlis makan malam di sebuah restoran di Wakaf Che Yeh malam tadi. 

Program itu diadakan sebagai meraikan masyarakat India sempena sambutan Deepavali baru-baru ini.  Seramai 30 kaum India hadir.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis DUN Bunut Payong, Muhd Nordin dan kakitangan Pusat Khidmat DUN (PKD) Bunut Payong.

Shaari juga berkata, sebahagian besar komuniti kaum India yang tinggal di Kota Bharu menjalankan perniagaan serta berkhidmat di sektor awam dan swasta.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook