Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RM23 JUTA TUNGGAKAN PREMIUM TANAH DARIPADA TIGA AGENSI PUSAT
utama

RM23 JUTA TUNGGAKAN PREMIUM TANAH DARIPADA TIGA AGENSI PUSAT

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 21 November – Sebanyak RM23,446,800.84 tunggakan premium tanah melibatkan tiga agensi pembangunan persekutuan di Kelantan.

Tiga agensi berkenaan ialah FELCRA sebanyak RM14,755,207, FELDA (RM1,554,350), dan KESEDAR (RM7,137,558). 

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud semasa menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Negeri Melor dalam Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan ke-15, hari ini.

"Jika bayaran premium tidak dijelaskan, kelulusan pemberian hak milik akan terbatal.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan notis 5A serta mengadakan rundingan dengan agensi terlibat. Kelulusan hak milik tanpa bayaran pada notis 5A akan dilupuskan," tegas beliau.

Mengenai tanah yang belum menjelaskan bayaran premium, Mohd Nassuruddin menyatakan, FELDA Chiku 6 membabitkan keluasan 859.88 hektar dan FELDA Chiku 1 seluas 2,309.94 hektar.

Sebelum itu beliau memaklumkan kepada dewan bahawa hanya FELDA menggunakan Akta Tanah (Kawasan Berkelompok) 1960 (Akta GSA) dalam pembangunan tanah di negeri ini. 

Agensi lain seperti FELCRA dan KESEDAR tidak menggunakan akta berkenaan.

“Tanah-tanah dalam kawasan GSA yang perlu dibayar premium oleh FELDA terbahagi kepada dua kategori iaitu kawasan penempatan Seksyen 6 dan kawasan pentadbiran Seksyen 5. Kawasan penempatan pula melibatkan kediaman peneroka serta kawasan untuk fasiliti pentadbiran,” jelas beliau.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook