Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

JKR SENGGARA GARISAN PUTIH JALAN YANG MALAP SECARA BERTAHAP – EXCO KERJARAYA
utama

JKR SENGGARA GARISAN PUTIH JALAN YANG MALAP SECARA BERTAHAP – EXCO KERJARAYA

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 25 November – Jabatan Kerjaraya (JKR) memberi komitmen untuk menyenggara garisan putih di tengah dan tepi jalan yang semakin malap di seluruh negeri secara bertahap, berikutan kekangan kewangan yang dihadapi.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato' Dr. Izani Husin, memaklumkan bahawa JKR memohon peruntukan RM400 juta setahun untuk kerja-kerja penyenggaraan garisan jalan, namun hanya menerima kelulusan sekitar RM100 juta hingga RM120 juta setahun.

"Kekurangan peruntukan inilah yang menyebabkan JKR tidak mampu melaksanakan penyenggaraan menyeluruh bagi semua jalan negeri dan persekutuan di Kelantan. Oleh itu, kerja-kerja ini terpaksa dibuat secara berperingkat, mengikut keutamaan," katanya ketika menjawab soalan tambahan ADN Tawang, YB Harun Ismail, dalam Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15, hari ini.

Dato' Dr. Izani turut menjelaskan bahawa JKR Kelantan telah mengenal pasti jalan-jalan utama yang mengalami kemalapan garisan putih. Keutamaan akan diberikan kepada laluan yang mempunyai risiko kemalangan tinggi dan melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

"Pelaksanaan senggaraan ini bukan sahaja melibatkan pemulihan garisan yang malap tetapi juga langkah penambahbaikan untuk memastikan jalan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan jelas untuk pengguna," tambahnya.

Melalui pendekatan berperingkat, JKR akan memastikan peruntukan yang diterima dimanfaatkan secara optimum bagi memelihara keselamatan dan keselesaan rakyat Kelantan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook