Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN BERPOTENSI JADI HAB INDUSTRI MINYAK, GAS DI PANTAI TIMUR
utama

KELANTAN BERPOTENSI JADI HAB INDUSTRI MINYAK, GAS DI PANTAI TIMUR

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 20 November – Kedudukan strategik Kelantan yang berhampiran dengan tiga kawasan utama sumber minyak dan gas menjadikannya calon berpotensi tinggi untuk berkembang dalam industri tenaga negara dan serantau.

Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud memaklumkan North Malay Basin (NMB), Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA), dan Malaysia-Vietnam Commercial Arrangement Area (MVCAA) adalah kawasan utama yang mampu menyokong pertumbuhan sektor ini, khususnya bagi negeri Kelantan.

“Kelantan dapat menjadi destinasi pilihan bagi syarikat antarabangsa kerana lokasinya yang strategik dan mampu menjimatkan kos operasi syarikat minyak dan gas. Selain itu, peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan akan terus meningkat, disamping merancakkan aktiviti ekonomi sekitar,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada wakil Tok Bali Supply Base (TBSB), di pejabatnya, hari ini.

Kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan perkembangan dan peluang kerjasama dalam memperkukuhkan sektor minyak dan gas di negeri ini.

Tambahnya, TBSB berpotensi menjadi pusat sokongan penting bagi operasi minyak dan gas, sekali gus memberikan manfaat ekonomi jangka panjang kepada Kelantan.

"Pusat sokongan TBSB juga dijangka membuka peluang pekerjaan dan merangsang aktiviti perniagaan tempatan dan meningkatkan pelaburan asing di Tok Bali," jelasnya.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa potensi besar sektor ini akan membawa impak positif kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat Kelantan.

 “Dalam usaha menyokong infrastruktur industri ini, Kerajaan Negeri turut menekankan keperluan segera pembinaan Benteng Pemecah Ombak, yang akan memperkukuh operasi masa hadapan TBSB sebagai hab minyak dan gas serantau. Insya-Allah, kerjasama ini akan memacu Kelantan ke arah kemajuan yang lebih besar dan berterusan,” ujarnya.

Turut hadir, Exco Pelaburan Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Dato' Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook