Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN CATAT PENINGKATAN 2.6 PERATUS KDNK TAHUN 2023
utama

KELANTAN CATAT PENINGKATAN 2.6 PERATUS KDNK TAHUN 2023

Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 19 November - Kelantan mencatakan peningkatan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2023 kepada RM27.6 bilion, peningkatan sebanyak 2.6 peratus berbanding tahun 2022 iaitu RM26.9 bilion.

Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, peningkatan tersebut dipengaruhi oleh pertumbuhan 3.8 peratus sektor perkhidmatan yang menyumbang sebanyak RM19.6.8 bilion. Namun begitu, sektor pertanian dan pembuatan masing-masing mengalami penyusutan sebanyak 0.5 peratus dan 2.6 peratus.

"Penyusutan sektor pertanian sebanyak 0.5 peratus disebabkan kemerosotan subsektor perhutanan dan pembalakan. Manakala pengucupan sektor pembuatan sebayak 2.6 peratus disebabkan oleh kemerosotan produk elektrik, elektronik dan optikal di samping produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan.

"Bagi sektor pembinaan pula, ia telah berkembang sebanyak 6.7 peratus. Peningkatan ini sebahagian besarnya disokong oleh aktiviti pembinaan pertukangan khas".

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sesi libat urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) oleh Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun 2024, di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, pada Ahad.

Menurutnya lagi, Kelantan mensasarkan nilai KDNK sebanyak RM50 bilion dalam tempoh 10 tahun dengan penumpuan khusus kepada sektor pembuatan dan pelancongan.

"Hasil daripada inisiatif yang dirangka ini akan membawa kepada peluang pekerjaan yang meluas, meningkatkan taraf hidup rakyat serta dapat membasmikan kemiskinan di Kelantan," jelasnya.

Hadir sama, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran Muhammad, Pegawai Kewangan Negeri YB Dato' Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamad Faziharudean Tengku Faisal, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negara (ADR) Ahli Dewan Negeri Kelantan (ADN) dan Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook