Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN RANCANG BANGUNKAN PELBAGAI PROJEK EKONOMI DI STESEN ECRL
utama

KELANTAN RANCANG BANGUNKAN PELBAGAI PROJEK EKONOMI DI STESEN ECRL

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr Izani Husin

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 27 November- Kerajaan Negeri Kelantan telah merancang untuk membangunkan beberapa projek ekonomi bagi merancakkan kawasan stesen ECRL yang dijangka siap pada 2026.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr Izani Husin memaklumkan, di Bandar Baru Tunjong sudah ada pembangunan institusi kerajaan dan pengajian.

"Kerajaan Negeri Kelantan juga menyediakan pembangunan komersial dan bercampur termasuk Auto City, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), perhotelan dan gedung-gedung perniagaan.

"Kerajaan Negeri juga turut menyediakan jalan di Bandar Baru Tunjong melalui pembangunan jalan dalaman Bandar Baru Tunjong dan projek pembesaran jalan persekutuan yang sedia ada.

"Di stesen ECERL Pasir Puteh yang berfungsi sebagai Cargo Oreinted Development (COD) dan Tok Bali Oriented Development (TOD) pula, disediakan pembangunan sokongan lain seperti pembangunan kawasan perindustrian Tok Bali dan pembangunan kawasan pelabuhan perikanan Tok Bali.

"Selain itu, pembangunan bercampur di sekitar stesen ECERL Pasir Puteh serta pembangunan bercampur oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) juga diwujudkan bagi merancakan kawasan terminal stesen ECRL."

ADN Paloh, YB Dato' Shaari Mat Hussain

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili YB Timbalan Menteri Besar, menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Paloh, YB Dato' Shaari Mat Hussain, dalam Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15, tahun 2024, hari kelima, hari ini.

Menjawab soalan tambahan mengenai mekanisme kerajaan negeri terhadap pemaju agar projek pembangunan di Tunjong tidak terencat, YB Dr Izani berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa kawal selia, merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti pemajuan projek pembangunan Negeri Kelantan di bawah JKMPP.

“Jawatankuasa ini akan memberi kelulusan segera dan pelan pembangunan bagi mana-mana projek yang berimpak tinggi seperti di Bandar Baru Tunjong,” jelasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook