Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN TIDAK BERPUTUS ASA MEMOHON LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERPUSAT
utama

KELANTAN TIDAK BERPUTUS ASA MEMOHON LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERPUSAT

Oleh:Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 21 November-  Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan berputus asa untuk terus memohon daripada Kerajaan Persekutuan agar loji rawatan kumbahan berpusat ini menjadi realiti.

Kelantan belum lagi mempunyai loji rawatan kumbahan berpusat (STP Centralized) yang betul-betul mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Indah Water Konsortium  Sdn. Bhd. (IWK). 

Menurut Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr. Izani Husin, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan loji rawatan kumbahan berpusat ini di Tunjong dengan kos sebanyak RM500 juta.

"Sistem rawatan kumbahan berpusat ini merupakan suatu keperluan dan ia sangat penting kepada rakyat, jadi kita tidak akan berputus asa untuk terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Semerak, YB Norsham Sulaiman, di Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan), Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas, tahun 2024 hari ini.

"Permohonan ini telah dibuat sejak tahun 2015 lagi dan telah diluluskan seketika. Namun selepas Pilihanraya Umum ke-14 ia telah ditarik balik. Kita akan berusaha dan tidak akan berputus asa untuk membuat permohonan semula," ujarnya.

Menjawab soalan tambahan daripada ADN yang sama mengenai perancangan kerajaan bagi pembinaan loji kumbahan tersebut, Dr. Izani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat pengambilan tanah seluas 18.36 ekar di Tunjong dengan kos sebanyak RM17 juta.

Menurutnya lagi, pada tahun 2015 permohonan untuk membina loji rawatan kumbahan berpusat sudah diluluskan, namun sampai satu peringkat Kerajaan Persekutuan telah meletakkan syarat iaitu sistem rawatan kumbahan Majari diserahkan kepada mereka.

"Mesyuarat Exco pada masa itu telah memutuskan bahawa Majari diserahkan kepada IWK. Segala syarat diterima oleh Kerajaan Kelantan dan permohonan tersebut diluluskan, namun ia ditarik balik,” jelasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook