Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kelas Tuisyen Rakyat dikendali guru pakar

Kelas Tuisyen Rakyat dikendali guru pakar


TUMPAT: Pada September lepas kerajaan Kelantan melancarkan Program Tuisyen Rakyat Sejahtera (TRS) melibatkan peruntukan sebanyak RM477,000.

Tuisyen percuma itu melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Program terbabit bermula Oktober lepas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. Tenaga pengajar tuisyen tersebut dipilih daripada penggubal dan pemeriksa kertas peperiksaan.

Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dilantik sebagai pemantau pelaksanaan program Tuisyen Rakyat.

Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hassan berkata, program Tuisyen Rakyat Sejahtera mendapat sambutan menggalakkan pelajar khususnya keluarga berpendapatan rendah.

Katanya, seramai 35 calon peperiksaan SPM di DUN berkenaan mengikuti kelas berkenaan lebih sebulan lalu.

Kata beliau pemilihan pelajar dibuat 13 penghulu mukim bagi memastikan pelajar benar-benar layak.

"Kebanyakan calon SPM mendapat tawaran Tuisyen Rakyat dari Maahad Muhammadi Tumpat, Sekolah Menengah Tumpat, Sekolah Menengah Biji Wangsa dan Sekolah Menengah Berangan.

"Bagaimanapun calon SPM paling ramai dari Maahad Muhammadi Tumpat," katanya di sini.

Adanan yang juga bekas guru besar berkata, kelas tuisyen diadakan empat kali seminggu iaitu pada malam Khamis, malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad.

Tambahnya, empat mata pelajaran asas diajar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook