Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kematian Tun Daim suatu kehilangan besar
utama

Kematian Tun Daim suatu kehilangan besar

   


KOTA BHARU: Berita kematian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin begitu mengejutkan rakyat negara ini kerana jasanya begitu besar membangun ekonomi negara. 

Semasa hayatnya arwah pernah berkhidmat sebagai menteri di era pentadbiran Tun Mahathir Mohamed, malah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Allahyarham turut dikenali sebagai salah seorang arkitek ekonomi yang membantu memulihkan kewangan negara semasa krisis sebelum ini.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Nik Bahrum Nik Abdullah menyifatkan pemergian Allahyarham Daim sebagai kehilangan besar kepada negara kerana arwah cemerlang dalam pelbagai bidang.


Menurutnya, biar pun Allahyarham seorang lulusan bidang undang-undang, namun berjaya dalam bidang bukan guaman seperti hartanah dan politik.

"Allahyarham Tun Daim seorang yang hebat dan tidak banyak bersuara, tetapi tindakannya dalam apa jua perkara cukup berkesan.

“Sehubungan itu kerajaan negeri merakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Zaim," katanya di sini. 

Daim dilapor meninggal dunia pagi ini ketika berusia 86 tahun di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Nik Bahrum berkata, Allahyarham berjaya mengukuhkan ekonomi Malaysia melalui pelbagai dasar dan strategi kewangan yang efektif. 

Bagaimanapun di era kerajaan Madani, Tun Daim dilapor disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Dakwaan itu dibuat hanya berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.

Bagaimanapun Daim menafikan terbabit dengn rasuah atau sebarang salah laku. Beliau turut menyifatkan siasatan terhadapnya bermotif politik.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook