Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERAJAAN KELANTAN RANCANG BANGUNKAN BANDAR BARU TUNJONG SEBAGAI BANDAR PINTAR - YB DATO' DR. IZANI
utama

KERAJAAN KELANTAN RANCANG BANGUNKAN BANDAR BARU TUNJONG SEBAGAI BANDAR PINTAR - YB DATO' DR. IZANI

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr. Izani Husin

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 27 November- Kerajaan Negeri Kelantan merancang pembangunan Bandar Baru Tunjong sebagai bandar pintar untuk memenuhi keperluan masyarakat pada masa hadapan.

Menurut Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr. Izani Husin, usaha tersebut selaras dengan dokumen perancangan kawasan khas Bandar Baru Tunjong 2035 yang menetapkan konsep Smart Islamic City atau perbandaran Islam pintar iaitu pembangunan bandar yang mengintegerasikan elemen-elemen Islam bagi aplikasi bandar pintar.

"Pada masa ini, beberapa Inisiatif sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Pelan Malaysia Kelantan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk blue print bandar pintar Kelantan 2040 dan pelan tindakan bandar pintar Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Penyediaan blue print dan pelan tindakan  ini bertujuan mempastikan perancangan dan Pembangunan yang sistematik."

Beliau berkata demikian mewakili YB Timbalan Menteri Besar menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Salor, YB Zaizol Ismail yang bertanya mengenai perancangan Kerajaan Negeri Kelantan menjadikan Bandar Baru Tunjong sebagai bandar pintar sepenuhnya, pada Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Yang Ke-15, hari kelima, hari ini.

ADN Salor, YB Zaizol Ismail

Menurut YB Dr Izani lagi, ciri-ciri utama yang dirancang untuk bandar baru pintar Negeri Kelantan adalah pembangunan tenaga hijau mesra alam, termasuk penggunaan tenaga solar, penyediaan infrastruktur digital seperti rangkaian lima G (5G)  untuk komunikasi yang pantas dan efesyen, pelaksanaan sistem pengurusan sisa pintar menggunakan teknologi pemantauan dan pengasingan sisa, peningkatan jaringan pengangkutan dan mobiliti pintar bagi memudahkan pergerakan penduduk.

Tambah beliau, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) juga telah menyediakan pelan induk mampan, manakala Pelan Malaysia sedang melengkapkan kajian menyeluruh untuk rangka tindakan (blue print) bandar pintar.

"Langkah ini mencerminkan menifistasi kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan dan PBT untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, menjadikan bandar moden dan selesa, mesra alam serta bergerak seiring dengan perkembangan teknologi hijau," jelasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook