Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KESELAMATAN SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND: HARAPAN TERHADAP KOMITMEN KERAJAAN PUSAT
utama

KESELAMATAN SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND: HARAPAN TERHADAP KOMITMEN KERAJAAN PUSAT

Oleh: Zaki Mustafa

KOTA BHARU, 17 November - Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menegaskan kepentingan tanggungjawab kerajaan persekutuan dalam menangani isu keselamatan dan pembangunan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan, beliau menyuarakan sokongan penuh negeri terhadap inisiatif pusat untuk memperkukuhkan kawalan sempadan, termasuk cadangan pembinaan tembok keselamatan dan zon penampan. Usaha ini adalah penting bagi menangani cabaran keselamatan, khususnya jenayah penyeludupan yang kerap berlaku di kawasan sempadan.

“Cadangan pembinaan tembok dan zon penampan adalah amat relevan untuk mengatasi masalah tersebut,” ujar beliau.

Selain keselamatan, isu banjir yang sering melanda kawasan sempadan turut mendapat perhatian. Kawasan berhampiran sungai di sempadan Malaysia-Thailand kerap terjejas oleh banjir yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan menjejaskan kehidupan rakyat. Dalam hal ini, kerajaan negeri turut menyokong pembangunan infrastruktur penampan banjir oleh kerajaan persekutuan sebagai langkah mitigasi untuk mengurangkan kesan bencana.

Mohd Nassuruddin berharap agar Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap keperluan keselamatan dan pembangunan infrastruktur ini dalam RMK-13 demi memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan yang inklusif dan seimbang di Kelantan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook