Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KEUTAMAAN RAKYAT DIDAHULUKAN, PERSIDANGAN DUN KELANTAN DITANGGUH
utama

KEUTAMAAN RAKYAT DIDAHULUKAN, PERSIDANGAN DUN KELANTAN DITANGGUH

Ihsan foto media rasmi sidang dun

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 27 November – Dalam usaha mementingkan kebajikan rakyat yang terkesan akibat banjir, Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB. Dato' Sri Amar D'Raja Dato' Hj. Mohd Amar Abdullah, atas kebijaksanaan beliau menangguhkan Persidangan Dewan Negeri Kelantan kepada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Menurut Dato’ Mohd Nassuruddin keputusan tersebut adalah langkah bernas untuk memastikan semua pihak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha membantu rakyat yang sedang menghadapi musibah banjir.

"Keputusan ini sangat signifikan kerana ia membolehkan wakil-wakil rakyat berada di kawasan masing-masing untuk menyantuni rakyat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan," katanya.

Dalam situasi banjir yang melanda beberapa kawasan negeri, Dato' Mohd Nassuruddin menyeru semua wakil rakyat untuk terus mendekati rakyat di kawasan masing-masing. Beliau menekankan kepentingan memberikan sokongan moral, bantuan keperluan asas, dan penyelarasan tindakan bersama agensi-agensi berkaitan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

"Semangat kebersamaan yang kita tonjolkan akan menjadi kekuatan untuk menghadapi cabaran ini dengan lebih berkesan. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, kebajikan rakyat dapat terus terjamin," katanya melalui catatan di media sosial, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa tujuh Rang Undang-Undang (RUU) telah berjaya diluluskan secara sebulat suara semasa persidangan sebelum ini.

Keputusan tersebut, menurut beliau, adalah hasil kerjasama erat antara semua pihak, termasuk Barisan Backbenchers Club (BBC) dan pihak pembangkang, yang telah memainkan peranan penting dalam proses semak dan imbang demi kesejahteraan negeri.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberikan komitmen tinggi sepanjang perbahasan dan perbincangan. Ini membuktikan bahawa kita mampu berganding bahu demi kepentingan rakyat Kelantan," tambahnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook