Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KOMITMEN KELANTAN PULIHARA RAFFLESIA MELALUI KONGRES ANTARABANGSA
utama

KOMITMEN KELANTAN PULIHARA RAFFLESIA MELALUI KONGRES ANTARABANGSA

Oleh: Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 6 November - Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan mana-mana universiti atau institusi yang berminat untuk menjalankan penyelidikan tentang cara melindungi bunga Rafflesia serta ekosistem di sekelilingnya di negeri ini. 

“Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan destinasi alam semula jadi seperti hutan hujan dan sungai, masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan siapa sangka, Rafflesia memberikan pelbagai manfaat kepada kita semua.

"Saya pasti dan percaya bahawa kita perlu mengekalkan keseimbangannya, justeru tema “Harmoni dengan Rafflesia: Mengimbangi Pemuliharaan dan Pelancongan di Kelantan, sangat selaras dengan objektif kongres ini,” ujar Timbalan Menteri Besar,  YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan. 

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kelantan International Congress of Rafflesia di sebuah hotel di sini semalam.

Penganjuran kongres antarabangsa anjuran Unit Perancang Ekonomi Kelantan (UPEN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu menunjukkan komitmen yang tinggi kerajaan negeri memelihara dan memulihara khazanah alam yang semakin pupus seperti Rafflesia.  

Kerajaan Negeri Kelantan telah mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Lojing, Gua Musang untuk tujuan pemuliharaan pada tahun 2011. 

Pada tahun 2022, kerajaan negeri telah melancarkan kawasan tersebut sebagai Taman Pemuliharaan Rafflesia dan semakin mendapat perhatian dari masyarakat seluruh dunia, sekali gus dapat merangsang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi  negeri terutamanya dalam bidang ekopelancongan.

Terdapat tiga spesies Rafflesia di kawasan tersebut, iaitu Rafflesia kerrii, Rafflesia kedua terbesar di dunia, Rafflesia cantleyi dan Rafflesia sumeiae. 

Kongres yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri pakar dan ilmuan dari Universiti Oxford, United Kingdom, University of Canterbury, New Zealand, University of the Philippines Los Banos, Universitas Bengkulu, Indonesia, Chulalongkorn University, Thailand dan pensyarah dari universiti serta agensi tempatan yang berkaitan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook