Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LANGKAH KERAJAAN KELANTAN PERKASA SEKTOR PELABURAN, CAPAI NILAI RM696 JUTA
utama

LANGKAH KERAJAAN KELANTAN PERKASA SEKTOR PELABURAN, CAPAI NILAI RM696 JUTA

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 25 November – Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil pelbagai langkah strategik bagi memperkukuh sektor pelaburan, menyumbang kepada kelulusan projek bernilai RM696,396,525.00 sepanjang tahun 2023 hingga 2024.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, YB Dato' Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman memaklumkan hal tersebut ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulai Chondong, YB Azhar Salleh.

Menurut Dato' Mejar (B) Md Anizam, langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bertujuan menarik pelabur tempatan dan antarabangsa, di samping meningkatkan kepercayaan terhadap prospek ekonomi Kelantan.

Antara projek pelaburan utama yang telah diluluskan ialah Projek Pembangunan Usahasama di Bandar Baru Pasir Pekan Tumpat. Pembangunan Pangsapuri Mampu Milik di Mukim Padang Garong, Panji dan Projek Pembangunan Uptown Wakaf Bharu di Mukim Chenderong Batu dan Wakaf Delima, Chabang Empat Tumpat.

Seterusnya, Projek Pembangunan Bercampur di Mukim Parit, Daerah Limbat, Projek Pembangunan Bercampur di Mukim Parit, Daerah Sering. Operasi Pengkuarian Batu Kapur di Kawasan Ladang Kelasa, Mukim Renok, Daerah Galas.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada pendekatan proaktif kerajaan dalam menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pelaburan, termasuk memperkemas prosedur pelaburan, memperkukuh hubungan dengan pelabur, serta mempromosikan potensi pelaburan di Kelantan secara berterusan,” katanya pada Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15, hari ketiga, hari ini.

Dato' Mejar (B) Md Anizam turut menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan semua projek yang dilaksanakan mampu memberikan impak positif kepada rakyat, terutamanya dalam membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook