Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MB BERKHIDMAT TANPA HENTI DEMI RAKYAT
utama

MB BERKHIDMAT TANPA HENTI DEMI RAKYAT



Oleh: Norzana Razaly

PASIR MAS, 30 November – Dalam suasana penuh mencabar akibat bencana banjir yang melanda Kelantan, Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud terus berkhidmat tanpa henti demi kebajikan rakyat.

Beliau menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan mengiringi pemimpin itu menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang dan SK Sering, Kota Bharu, semalam.

Sejurus selesai, Dato' Mohd Nassuruddin segera turun padang menyantuni mangsa banjir yang terkandas di kawasannya di Meranti, Pasir Mas pula.

Tanpa menghiraukan keletihan, Menteri Besar meneruskan tugas menghantar bantuan menggunakan bot santak ke tengah malam.

Khidmat tersebut dilakukannya sejak Rabu dan keadaan menjadi lebih mencabar berikutan bekalan elektrik dan talian komunikasi yang terputus di kawasan terlibat.

Berpandukan kepakaran beliau mengemudi bot dan pengetahuan mendalam mengenai laluan air di kawasan itu memungkinkan misi penyelamatan dan pengagihan bantuan dilakukan dengan cekap.

Tragedi banjir tahun ini mengembalikan kenangan pahit bagi Dato' Mohd Nassuruddin, yang pernah berdepan situasi kediamannya digenangi air separas paha akibat banjir besar pada tahun 2014.

Kali ini, ujiannya lebih mencabar menyebabkan beliau sekeluarga perlu lebih bersabar mengharung air di halaman rumah separas dada.

Namun ujian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang lebih memerlukan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook