Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MOTAC PERKUKUH KERJASAMA FEDERALISME DI KELANTAN
utama

MOTAC PERKUKUH KERJASAMA FEDERALISME DI KELANTAN

Oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 24 November – Semangat federalisme terus diperkukuh apabila Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan pelbagai inisiatif kebudayaan dan pelancongan, termasuk pemberian Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) kepada NGO serta persatuan kebudayaan di negeri ini.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor merakamkan penghargaan kepada MOTAC atas kerjasama erat melalui sumbangan berjumlah RM530,000 kepada program kebudayaan di Kelantan, termasuk PALU Fest di Kota Bharu (8-11 November), Pesta Wau di Tumpat (27-29 Jun), dan Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Bachok (1-3 Ogos). Tambahan dana daripada negeri turut memperkasa program-program tersebut dengan nilai keseluruhan RM200,000.

“Kami menghargai usaha MOTAC dalam memperkukuh sektor kebudayaan melalui GSSK, yang bukan sahaja mempromosi kebudayaan Kelantan tetapi juga menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15, Hari Kedua, hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan Kementerian Pengangkutan juga telah meluluskan permohonan penggunaan bas persiaran Thailand untuk pelancongan rentas sempadan serta kerja tambahan 400 meter bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, demi menyokong perkembangan sektor pelancongan negeri.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook