Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MOHON PUSAT BERI PERHATIAN PEMBANGUNAN ‘BANDAR SEMPADAN’ RANTAU PANJANG
utama

MOHON PUSAT BERI PERHATIAN PEMBANGUNAN ‘BANDAR SEMPADAN’ RANTAU PANJANG

Oleh: Zaki Mustafa

 KOTA BHARU, 14 November - Kerajaan Negeri Kelantan memohon Kerajaan Pusat turut memberi perhatian kepada pembangunan pekan Rantau Panjang sebagai bandar sempadan Malaysia-Thailand.

Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengulangi perkara itu kepada pemberita semalam selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

“Jadi kita minta supaya Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan juga kepada Rantau Panjang sebab nantinya pelancong dari Pekan Golok akan ke Kelantan, dia lihat inilah bandar pertama dalam negara (Malaysia). Jadi, imej tu nak kena jaga, “ jelas Dr. Mohamed Fadzli. 

Sebelum ini, beliau telah memaklumkan antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri ialah isu sempadan negara di Kelantan, khususnya yang melibatkan isu keselamatan dan juga pembangunan di dua pekan utama yang bersempadan dengan Thailand, iaitu Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor.

Tambah beliau, pembangunan di pekan Rantau Panjang penting sebagai pintu masuk utama ke Malaysia dari pekan Golok di Thailand yang lebih membangun dan sebaiknya Kerajaan Pusat turut mengambil tanggungjawab untuk membangunkannya seiring dengan keselamatan negara.

“Dalam hal ini, keselamatan itu adalah menjadi tanggungjawab persekutuan di samping kerajaan negeri pun memanglah, kita ada tanggungjawab kita,” ujarnya lagi.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook