Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Pasukan Orang Asli berentap rebut Piala MB
utama

Pasukan Orang Asli berentap rebut Piala MB


KOTA BHARU: Pasukan Gua Musang Orang Asli (GMOA) akan beraksi pada kejohanan bola sepak bagi merebut Piala Menteri Besar (MB).

Pasukan terbabit akan bersaing dengan 47 lagi pasukan termasuk mewakili 45 DUN di seluruh Kelantan yang melibatkan keseluruhan seramai 1,152 pemain.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad berkata, turut beraksikan dua lagi pasukan jemputan iaitu Uttama’ FC mewakili pasukan pelbagai kaum dan YIK KESSUMA pasukan pelapis Yayasan Islam Kelantan bawah umur 18 tahun.


Katanya, kejohanan bola sepak itu akan berlangsung bermula 29 November ini dan dijangka berakhir hujung Januari 2025.

“Jumlah pemain terbabit tidak termasuk pengurus serta pengendali setiap pasukan bola sepak di peringkat DUN, yang dianggar antara lima hingga enam orang.

"Sebanyak 16 kumpulan dibentuk daripada 48 pasukan dan setiap kumpulan mempunyai tiga pasukan," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Lokasi perlawanan antaranya, padang Majlis Daerah Machang, padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Majlis Daerah Tanah Merah, padang Penjara Pengkalan Chepa dan UiTM Machang

Piala Menteri Besar diperkenalkan enam tahun lalu dianjurkan Urus Setia Belia dan Sukan Negeri (U-Bes) melibatkan anak muda bawah 25 tahun dari 45 DUN.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook