Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Peguam Negara baharu diyakini tambah baik perundangan syariah
utama

Peguam Negara baharu diyakini tambah baik perundangan syariah


KOTA BHARU: Peguam Negara baharu Dato' Mohd Dusuki Mokhtar diyakini dapat menambah baik sistem perundangan syariah di Malaysia.

Penolong Profesor di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Ghazali Jaapar berkata, Mohd Dusuki merupakan lulusan UIAM.

"Semalam diisytiharkan Peguam Negara baharu, kita harapkan agar anak-anak didik kami di UIAM akan terus mempertahankan perundangan Islam. 

"Kena mempertahankan perundangan syariah sekali pun akan berhadapan dengan halangan," katanya pada majlis Sambutan Hari Hududullah peringkat Kelantan di sini hari ini.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Perundangan Syariah & Institusi Mahkamah Syariah Dalam Mendepani Cabaran Dunia Tanpa Sempadan' sempena program berkenaan.

Mohd Dusuki yang juga bekas Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC) dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bagi mengantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik Hakim Mahkamah Persekutuan.

Mohd Dusuki, 57, anak kelahiran Machang, Kelantan merupakan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia, mempunyai pengalaman selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di AGC.

Dr Ghazali juga berkata, UIAM menjadikan subjek syariah sebagai teras kepada pelajar.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook