Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF LOJING: KE ARAH TANAH TINGGI MAMPAN
utama

PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF LOJING: KE ARAH TANAH TINGGI MAMPAN

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 26 November – Daerah Lojing yang terkenal dengan cuaca sejuk dan keindahan alam semula jadi sedang dirancang untuk pembangunan yang lebih komprehensif dan mampan, seiring dengan potensinya sebagai kawasan berdaya saing seperti Cameron Highlands.

Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan menjelaskan kerajaan negeri memberi penekanan kepada pendekatan yang memelihara alam sekitar sambil memastikan pembangunan ekonomi dan keperluan masyarakat setempat dapat dipenuhi.

“Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing telah dirangka bagi membolehkan pembangunan dilaksanakan secara dinamik dan holistik,” katanya dalam Persidangan Dewan Negeri Penggal Ke-15 hari ini bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADN Gual Ipoh YB Bahari Mohamad Nor.

“Strategi yang diguna pakai, merangkumi usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, di samping mewujudkan kawasan berdaya maju untuk pembangunan ekonomi serta membentuk penempatan yang sesuai didiami oleh masyarakat setempat,” jelasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook