Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMBINAAN TERMINAL, FASILITI PENGANGKUTAN AWAM DI KELANTAN GIAT DITERUSKAN
utama

PEMBINAAN TERMINAL, FASILITI PENGANGKUTAN AWAM DI KELANTAN GIAT DITERUSKAN

Oleh: Saliemin Khesa

KOTA DARULNAIM, 25 November – Pembinaan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) kini giat diteruskan selepas Kerajaan Negeri Kelantan membuat Keputusan untuk bekerjasama dengan syarikat Perak Transit Berhad dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) – Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai kontraktor utama bagi menyiapkan projek tersebut.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, fasiliti pengangkutan awam sementara di Lembah Sireh juga diteruskan dengan penambahan yang lebih baik.

“Sebagaimana yang kita tahu, projek ini kita telah serahkan sepenuhnya kepada syarikat Perak Transit Berhad dan CCCC-ECRL dan diteruskan dengan sebaiknya.

“Sementara menunggu siap projek ini di Tunjong, fasiliti pengangkutan awam sementara di Lembah Sireh telah ditambah baik,” katanya pada Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15 Tahun 2024, hari ini.

Beliau juga memaklumkan Kerajaan Kelantan sentiasa mengadakan perbincangan bersama kedua-dua syarikat berkenaan dalam memastikan projek KB Sentral itu dilaksanakan mengikut kesesuaian dan permintaan asal iaitu menghubungkan terus transit terminal itu bersama Terminal Utama ECRL.

“Memang dalam perbincangan dengan CCCC kita (kerajaan negeri) mahukan yang terbaik sebagaimana yang kita inginkan.

“Kalau kita bayangkan di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) yang berhubung dengan terminal lain, begitulah yang kita inginkan.

“Kita berharap apabila siap, terminal ini akan menjadi pemangkin utama kepada pengusaha-pengusaha bas di negara kita bagi memastikan kemudahan pengangkutan awam di Kelantan dapat digunakan sepenuhnya oleh masyarakat negeri ini,” katanya.

Menjawab persoalan berkenaan adakah wujudnya program Corporate Social Responsibility (CSR) dalam mewujudkan fasiliti awam terutamanya dalam menjayakan terminal bas Mutiara Rentas Desa sebagai bas utama di Kelantan, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan khusus bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi melaksanakan perkara tersebut.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook