Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Pemimpin politik juarai perkataan baru cuba raih status
utama

Pemimpin politik juarai perkataan baru cuba raih status


KOTA BHARU: Di Malaysia ada segelintir ahli politik dan pemimpin negara gemar memperkenalkan kata-kata baharu terutama dalam ucapan ketika membentang belanjawan.

Antaranya sebelum ini muncul perkataan mampan, masyarakat madani, iltizam, alaf, bajet dan Pe-Tunjang. 

Pensyarah bidang sosiolinguistik Dr Zulkeflee Yaacob berkata, usaha yang dibuat itu supaya mereka disenarai sebagai kelompok yang mengikuti perkembangan zaman bagi mendapat status dalam masyarakat.


“Ini kerana perubahan dalam bahasa sering mendapat sambutan daripada masyarakat kerana mereka ingin mengikuti perkembangan baharu.

“Begitu juga perkataan ketimbang yang dipopularkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membentang Belanjawan 2025 bulan lepas,” katanya di sini. 

Bagaimanapun kata beliau perkataan itu dianggap sebagai kata serapan daripada Bahasa Jawa. 

Malah katanya perkataan ketimbang dianggap jauh menyimpang dari prinsip dan hukum pola vokal dan prinsip morfologi. 

Menurutnya kekecualian hukum kerana penyesuaian berdasarkan bunyi untuk semua kata serapan atau pinjaman prasistem ejaan dan menggunakan kaedah sistem Keselarasan Vokal kecuali daripada Bahasa Jawa. 

“Perihal ketimbang sebagai kata sendi seerti daripada suatu kesilapan besar kerana kata sendi merupakan golongan kata tugas yang diklasfikasi morfem terikat berbeza kata terbitan ketimbang.

“Ketimbang terbit dari kata dasar timbang iaitu morfem bebas yang berdiri sendiri dengan makna yang lengkap. 

“Kata tugas pelbagai jenis iaitu kata hubung sama ada kata hubung gabungan, pancangan dan pasangan atau relatif dan komplemen,” katanya di sini. 

Baru-baru ini Anwar ketika membentang Belanjawan 2025 menyebut perkataan ketimbang sehingga menjadi polemik awam. 

Ekoran itu Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat dengan menyebut istilah ketimbang tiada dalam perbendaharaan kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Malah, DBP pada kenyataan menjelaskan perkataan ketimbang yang sering disebut Perdana Menteri akan dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

Menurut DBP, perkataan tersebut merupakan kata sendi nama yang bermaksud menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu.

Dr Zulkeflee juga berkata, kata tugas jenis kata sendi semua morfem terikat untuk membentuk kata yang mempunyai makna lengkap. 

“Kata dalam apa pun bahasa mempunyai proses penerbitan dalam disiplin morfologi sub bidang linguistik. Morfologi pembentukan kata Bahasa Melayu melalui proses imbuhan jenis awalan, apitan, akhiran dan sisipan,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook