Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penduduk digalak sertai pertanian komuniti
utama

Penduduk digalak sertai pertanian komuniti

MACHANG: Projek Perintis Penanaman Nanas Al-Falah di Taman Seri Kemuning, Kampung Padang Malar Pemanok memberi manfaat ekonomi komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek pertanian tersebut diusahakan di kawasan seluas dua ekar.

Katanya, kampung berkenaan berpotensi ditanam nanas jenis MD2 yang begitu manis.

“Nanas tersebut mengandungi vitamin C yang tinggi serta jangka hayat lama. Nanas jenis tersebut menjadi pilihan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya di sini.

Sebelum itu beliau melawat projek tanaman nanas yang diusahakan secara berkelompok enam usahawan tani dari Dun Kemuning iaitu Zaidi Mat Yusoff, Kamarul Mustafa, Zulkifli Hamid, Che Zaini, Zainudin Mat Yusoff dan Mohd Farhan.

Hadir sama Adun Kemuning Ahmad Zakhran Mat Noor, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Kelantan Fauzan Mohd, wakil Jabatan Pertanian Kelantan dan Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd (DAMAI).

Ahmad Zakhran pula berkata, sebanyak 35,000 pokok nanas ditanam di kawasan seluas dua ekar dan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri.

Sebelum itu pada program lain Tuan Mohd Saripudin merasmikan Program Apo Kobar Pok Tani Agro Al-Falah (KAPOK) di Kompleks Pembangunan Islam (KPI) Kampung Cherodok.


Pada program tersebut 100 pekebun kecil, suri rumah dan asnaf menerima anak pokok jambu batu lohan dan baja bagi menggalakkan komuniti menyokong pertanian tempatan. 

Tuan Mohd Saripudin berkata, program terbabit membantu penduduk memanfaatkan halaman rumah dengan tanaman buah-buahan dan sayur.

“Selain dapat meningkatkan pendapatan keluarga, ia secara tidak langsung menyokong program pertanian komuniti ke arah kelestarian dan ekonomi lebih mapan,” ujarnya.

Menurutnya juga hasrat kerajaan negeri sekurang-kurangnya setiap rumah ada tanaman yang boleh memberi manfaat kepada mereka.

Kata beliau setiap anggota masyarakat digalak melibatkan diri dalam aktiviti pertanian bagi menghasilkan makanan sendiri.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook