Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penduduk gali pasir alir air sungai ke laut

Penduduk gali pasir alir air sungai ke laut



KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara tengah hari ini meningkat kepada 40,456 daripada 12,354 keluarga membabitkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 33,316 orang daripada 10,054 keluarga, diikuti Terengganu 6,445 mangsa (2,031 keluarga), Kedah 452 mangsa (200 keluarga), Perlis 195 mangsa (54 keluarga), Johor 28 mangsa (8 keluarga) dan Perak 20 mangsa (7 keluarga).

Menurut Infobencanajkm pada jam 12.03 petang hari ini paling ramai mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Raja Pasir Mas (1,063 mangsa), SMK Tanah Merah 1 (857 mangsa).

Selain itu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2 (1,101 orang), SK Bedal Kuala Krai (780 mangsa), SK Sri Tumpat 1 (558 mangsa), SK Kubang Batang (532 mangsa).


Sementara itu penduduk di Pulau Suri Tumpat bergotong royong menggali pasir bagi membolehkan air sungai mengalir terus ke laut.

Beberapa bandar dan pekan di Kelantan dilaporkan tenggelam hari ini termasuk Rantau Panjang dan Ketereh ekoran paras banjir makin meningkat.  

Manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (PKOB) secara rasminya diaktifkan bermula jam 8 pagi semalam beroperasi 24 jam berikutan jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat. 


Orang ramai yang mahu mendapat sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus ditalian 09-748 1180.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook