Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENGELUARAN BERAS KELANTAN MELEBIHI PERMINTAAN – EXCO PERTANIAN
utama

PENGELUARAN BERAS KELANTAN MELEBIHI PERMINTAAN – EXCO PERTANIAN

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 24 November – Pengeluaran beras di negeri Kelantan mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk apabila penghasilannya melebihi permintaan.

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata Kelantan menghasilkan sebanyak 186,930 tan metrik beras, manakala penggunaan rakyat Kelantan adalah sekitar 152,470 tan metrik setahun.

"Jika kita perhatikan, jumlah penggunaan beras oleh 1.9 juta rakyat Kelantan, termasuk mereka yang berada di luar negeri ini, adalah 152,470 tan metrik. Namun, pengeluaran beras kita sebanyak 186,930 tan metrik menunjukkan bekalan beras kita mencukupi dan bahkan melebihi keperluan.

"Dari segi per kapita, seorang rakyat Kelantan menggunakan sekitar 79 kilogram beras setahun," katanya ketika menjawab soalan tambahan ADN Galas YB Mohd Syahbuddin Hashim, dalam Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15, yang berlangsung pada Ahad.

Beliau turut menjelaskan bahawa statistik Jabatan Pertanian menunjukkan Kelantan mempunyai tahap sara diri beras (SSL) sebanyak 122.60 peratus, menandakan kapasiti pengeluaran beras negeri berada di tahap yang memberangsangkan.

Dalam isu lain, Dato' Tuan Mohd Saripudin turut menjawab soalan ADN Galas mengenai rancangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) untuk menanam durian Musang King di kawasan Bandar Baharu Dato' Bentara, Gua Musang.

Menurutnya, satu kajian akan dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan kesesuaian tanah dan potensi projek tersebut.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa sektor pertanian negeri, termasuk beras dan durian, akan terus diperkasakan untuk meningkatkan hasil dan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook