Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERBAHASAN BELANJAWAN: YB NIK BAHRUM SERU PERKASAKAN QAWWAM, HAK WANITA DAN KEBAJIKAN PENJAWAT KONTRAK
utama

PERBAHASAN BELANJAWAN: YB NIK BAHRUM SERU PERKASAKAN QAWWAM, HAK WANITA DAN KEBAJIKAN PENJAWAT KONTRAK

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 24 November – Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, YB Nik Bahrum Nik Abdullah, hari ini menyeru kerajaan negeri untuk mengambil langkah lebih proaktif dalam memperkasakan nilai-nilai sosial dan kebajikan rakyat, khususnya dalam agenda memperkukuh institusi keluarga dan memperjuangkan keadilan bagi semua lapisan masyarakat.

Ketika membahaskan Belanjawan Negeri Kelantan 2024 pada hari kedua Persidangan Kali Ketiga bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15, YB Nik Bahrum menegaskan kepentingan agenda pemerkasaan konsep lelaki qawwam, selari dengan tuntutan Islam.

Menurutnya, pendidikan awal kepada anak-anak lelaki perlu diberi perhatian serius untuk melahirkan generasi pemimpin keluarga yang bertanggungjawab, berintegriti, dan memahami nilai-nilai terbaik sebagai ketua keluarga.

“Konsep lelaki qawwam bukan sekadar tanggungjawab ekonomi, tetapi juga melibatkan akhlak, kepimpinan, dan keupayaan melindungi ahli keluarga secara menyeluruh,” katanya.

Dalam usaha memperkukuh perlindungan terhadap wanita, YB Nik Bahrum turut mencadangkan agar Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan pada Bahagian 6 ditambah baik.

Cadangan tersebut termasuk memasukkan peruntukan berkaitan turutan wali, khususnya bagi kes-kes pengabaian terhadap wanita yang kerap kali terkesan akibat konflik kekeluargaan.

“Langkah ini bukan sahaja akan membela hak wanita, tetapi juga memperkemaskan lagi pelaksanaan undang-undang keluarga Islam di negeri ini,” tegasnya.

Selain itu, YB Nik Bahrum turut membangkitkan kebajikan penjawat lantikan kontrak di urus setia kerajaan negeri. Beliau mencadangkan agar mereka turut menikmati pelarasan gaji sebanyak 15 peratus seperti yang diberikan kepada penjawat awam di bawah skim perkhidmatan SSPA.

Hujahnya, langkah ini penting untuk memastikan keadilan dan kesejahteraan semua penjawat yang berkhidmat untuk kerajaan negeri tanpa mengira status lantikan.

Timbalan Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta itu juga yakin bahawa cadangan-cadangan ini, jika direalisasikan, akan membawa impak besar kepada keharmonian institusi keluarga, keadilan sosial, dan motivasi penjawat awam.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook