Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PESTA MAKANAN, LUNCUR AIR TARIK AGENDA PELANCONGAN MUSIM TENGKUJUH
utama

PESTA MAKANAN, LUNCUR AIR TARIK AGENDA PELANCONGAN MUSIM TENGKUJUH

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 12 November - Kebiasaan pada musim tengkujuh tidak banyak aktiviti berkaitan pelancongan  diadakan di Kelantan disebabkan kebimbangan para pelancong untuk datang ekoran banjir dan risikonya.

Sehubungan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Datuk Kamarudin Md Nor memaklumkan pihaknya sedang mengatur  untuk mempromosi berapa program yang sesuai diadakan pada musim tengkujuh nanti, antaranya makanan yang ada pada musim tengkujuh serta aktiviti luncur ombak. 

"Kalau kita perhatikan pada musim tengkujuh ada beberapa jenis makanan yang hanya ada di musim tersebut. Contohnya putu halba dan masakan yang berasaskan ikan darat serta beberapa jenis ubi. Benda ini jadi biasa dalam kalangan kita dan tidak dipromosikan kepada orang lain, jadi kita hendak masyhurkan benda ini agar ia dilihat sebagai sesuatu yang menarik.

"Kegiatan luncur ombak pula sangat sesuai pada musim tengkujuh sebab ombak besar. Sekarang, aktiviti luncur ombak sedang berkembang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di Kelantan pula, saya dapat tahu ada beberapa resort yang mengadakan aktiviti tersebut. Ini sesuatu yang bagus. Kita akan uar-uarkan untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa datang,” jelasnya.

Tambahnya, di Kelantan terdapat dua tempat yang sesuai untuk diadakan aktiviti luncur ombak iaitu di Pantai Melawi dan Pantai Kemasin di Bachok. 

“Walaupun kedua-dua tempat ini tidak sehebat seperti di Australia, namun ia sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti luncur ombak ini. Itulah antara aktiviti yang kita rancang untuk dilaksanakan pada musim tengkujuh bulan 12 nanti.” 

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menyampaikan sumbangan sara hidup kepada penarik beca di pejabat Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) di Kota Bharu, hari ini.

Datuk Kamarudin yang diringi Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC), Zaki Ismail menjelaskan, dalam majlis tersebut seramai 17 penarik beca menerima sumbangan sara hidup fasa kedua berjumlah RM600. Sumbangan  pada fasa pertama telah diadakan pada bulan Ramadan yang lalu juga berjumlah RM600, menjadikannya RM1200 untuk setahun. 

"Dengan sumbangan ini menunjukan kerajaan mengambil cakna terhadap nasib para penarik beca. Sumbangan ini tidak bertambah dan saya berhasrat untuk memohon kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar sumbangan pada masa akan datang,” katanya. 

Mengulas tentang impak sektor pelancongan di Kelantan, beliau menjelaskan bahawa sektor ini banyak membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. 

"Banyak peluang pekerjaan hasil daripada sektor pelancongan. Contohnya, di Dabong, pihak Majlis Daerah Dabong memaklumkan hampir tidak ada pengangguran di Dabong impak daripada pelancongan. Hampir semua orang ada kerja, inap desa penuh serta gerai-gerai makanan mendapat sambutan," katanya. 

Oleh itu, beliau menegaskan pihaknya akan terus mempromosi agenda pelancongan di Kelantan untuk merancakkan industri ekopelancongan walaupun tahun hadapan bukan Tahun Melawat Kelantan secara rasmi.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook