Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PROJEK WETLAND PASIR MAS SIAP SEPENUHNYA
utama

PROJEK WETLAND PASIR MAS SIAP SEPENUHNYA

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 14 November – Projek Pembinaan Wetland Paya Gelam dan Rekreasi Pasir Mas kini siap sepenuhnya dan bersedia menerima kehadiran pengunjung untuk beriadah pada awal tahun depan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah memaklumkan status terkini pembinaan taman  awam untuk fasa awal sudah pun siap 100 peratus.

“Pada 16 Oktober lalu saya kongsikan statusnya 60 peratus siap, alhamdulillah hari ini, kemajuan kerjanya sudah pun siap sepenuhnya dan insya Allah taman rekreasi ini akan dibuka secara rasmi  kepada orang awam pada awal tahun 2025,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau lagi, keindahan seni taman berkeluasan keseluruhan hampir 10 ekar itu ialah hasil garapan idea arkitek landskap lepasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Busyairi Ahmad.

“Kawasan ini dulunya terbiar. Dengan kepakaran anak Kelantan di perantauan saudara Busyairi, kita telah bangunkan taman rekreasi dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas untuk memanfaatkan sumber semula jadi yang ada seperti tasik alami dan hutan paya gelam. 

“Langkah awalnya ialah untuk pemuliharaan aset semula jadi bagi memastikan kelestarian kawasan berkenaan dapat dikekalkan. Projek ini melibatkan peruntukan melebihi RM700,000.00.

"Peruntukan ini disalurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Peruntukan Projek Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) bagi tahun 2024,” jelasnya.

Tambahnya, projek berkenaan melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan wetland, pembangunan pintu masuk utama, sebahagian laluan pejalan kaki dan trek joging serta komponen rekreasi asas yang lain.

Oleh itu, beliau menyeru semua pihak bersama-sama menjaga kebersihan dan memanfaatkan WetLand Paya Gelam itu sebagai tempat rekreasi dan riadah  keluarga pada waktu petang.

“Jom kita pakat amalkan budaya hidup sihat,” pesannya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook