Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PROSES PERLOMBONGAN REE LEWAT, PUNCANYA BERADA DALAM HSK
utama

PROSES PERLOMBONGAN REE LEWAT, PUNCANYA BERADA DALAM HSK

Oleh: Che Maziah Mat

KOTA DARULNAIM, 26 November – Taburan mineral unsur nadir bumi (REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) menjadi salah satu faktor utama yang melambatkan proses perlombongan sumber berharga itu di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan menjelaskan bahawa larangan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 menjadi kekangan utama dan sebarang aktiviti perlombongan tidak dibenarkan kecuali kawasan tersebut telah diwartakan keluar daripada status HSK.

Menurutnya, selain keperluan pewartaan, proses penilaian alam sekitar yang ketat melalui Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) juga menyumbang kepada kelewatan ini.

“Proses EIA memerlukan kajian mendalam terhadap impak terhadap alam sekitar dan biasanya mengambil tempoh masa yang panjang. Namun, langkah ini amat penting untuk memastikan aktiviti perlombongan tidak merosakkan ekosistem,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pelaksanaan moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) oleh kerajaan Persekutuan turut mempengaruhi kelancaran proses perlombongan di negeri ini.

Ketika menjawab soalan tambahan ADN Galas YB Mohd Syahbuddin Hashim,  Dato’ Dr Mohamed Fadzli menegaskan bahawa kerajaan negeri telah menjalankan urusan libat urus dengan agensi kerajaan persekutuan.

“Kami memulakan langkah dengan melibatkan anak syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), selain mempertimbangkan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang berkemampuan untuk menguruskan perlombongan REE,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook