Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RMK13: KELANTAN HARAP PELABURAN STRATEGIK DALAM SEKTOR PEMBUATAN DIPERTIMBANG
utama

RMK13: KELANTAN HARAP PELABURAN STRATEGIK DALAM SEKTOR PEMBUATAN DIPERTIMBANG

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 19 November- Kerajaan Negeri Kelantan berharap Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) akan mempertimbangkan pelaburan strategik dalam sektor pembuatan bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat Kelantan.

Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan perindustrian yang baharu.

"Kerajaan negeri telah mengenal pasti seluas 1500 ekar tanah di Jeli, 2000 ekar di Gua Musang dan 2800 ekar di Tok Bali, Pasir Puteh serta Cargo Oriented Development (COD) di Stesen Cherang Tuli Pasir Puteh seluas 800 ekar dan Transit Oriented Development di Tunjong Kota Bharu seluas 130 ekar yang sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan perindustrian baharu," katanya ketika berucap pada majlis sesi libat urus RMK13, Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan, di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim pada Ahad.

Menteri Besar berharap agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk memperbaiki dan memperkukuhkan infrastruktur yang ada bagi memajukan serta menarik pelabur ke Kelantan.

"Ada beberapa projek yang perlu disegerakan, antaranya ialah pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (CSR), Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT3)," katanya.

Beliau juga berharap agar Kerajaan Persekutuan menyegerakan penyelesaian infrastruktur baharu air bersih dengan mengganti paip-paip yang agak kritikal di seluruh Negeri Kelantan serta membina loji-loji rawatan air yang baharu terutama di kawasan perindustrian baharu.

"Kerajaan Negeri Kelantan yakin dengan tersedianya infrastruktur tersebut akan dapat meningkatkan keupayaan untuk menarik pelaburan dan merangsang pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Kelantan," ujarnya.

Hadir sama, Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran Muhammad, Pegawai Kewangan Negeri, YBM Dato' Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamad Faziharudean Tengku Faisal, Penasihat Undang-Undang YB Dato' Idham Abdul Ghani, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMK) Ahli Dewan Rakyat (ADR) Ahli Dewan Negeri (ADN), Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook