Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH ZAHIRKAN KESUNGGUHAN, KOMITMEN MEMARTABATKAN KANUN JENAYAH SYARIAH
utama

SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH ZAHIRKAN KESUNGGUHAN, KOMITMEN MEMARTABATKAN KANUN JENAYAH SYARIAH

Oleh: Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 12 November - Menteri Besar, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, Sambutan Hari Hududullah yang diadakan setiap tahun bertujuan menzahirkan kesungguhan dan komitmen untuk memartabatkan kanun jenayah syariah sekaligus meninggikan syiar Islam di negeri ini.

Jelasnya, menyedari bahawa amanah mentadbir sebuah kerajaan ini adalah amat berat, pimpinan kerajaan negeri sentiasa berusaha menunaikan amanah tersebut khususnya dalam aspek pembangunan Islam, pendidikan, ekonomi termasuk juga aspek perundangan supaya dapat dijaga sebaiknya. 

“Menjunjung amanah tersebut, Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berundur untuk memastikan kanun jenayah syariah yang telah kita luluskan itu dilaksanakan dan menggubal semula 16 seksyen yang dibatalkan baru-baru ini, 

Justeru, sambutan Hari Hududullah bukan sahaja medium yang terbaik untuk mendidik serta mengajak masyarakat agar lebih cakna kepada undang-undang syariah tetapi ia akan terus bergerak untuk pelaksanaan kanun jenayah syariah secara menyeluruh,” katanya. 

Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji.

Majlis turut dihadiri Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Mohd Amar Abdullah, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Dr. Hasnan Ramli.












MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook