Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SOLAT PENAWAR MUJARAB ATASI MASALAH SOSIAL DALAM MASYARAKAT- EXCO DAKWAH
utama

SOLAT PENAWAR MUJARAB ATASI MASALAH SOSIAL DALAM MASYARAKAT- EXCO DAKWAH

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 10 November- Ibadah solat, membaca dan mengamalkan kandungan al-Quran menjadi penawar mujarab bagi mengatasi masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Mohd Daud berkata, keadaan zaman sekarang merupakan zaman ekstrem, asbab manusia hidup dalam keadaan tertekan dan ia perlu dibendung.

"Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas telah membuat kajian ke atas beberapa perkara untuk kemaslahatan negeri Kelantan. Kita dapati zaman ini adalah zaman ekstrem yang bermaksud zaman stres. Manusia yang hidup zaman ini ramai yang stres sehingga sanggup membuat tindakan di luar kawalan seperti membunuh diri.

"Keadaan seperti ini mesti dibendung dengan satu rawatan yang mujarab iaitu dengan penjagaan dan pelaksanaan ibadah solat dalam masyarakat".

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis apresiasi program Kecemerlangan Solat peringkat Negeri Kelantan 2024, di Dewan Besar Balai Islam Darulnaim Lundang, pada Sabtu.

YB Mohd Asri turut mengambil contoh kehebatan penduduk dan kanak-kanak di Gaza, Palestin yang sentiasa menjaga solat dan sentiasa bersama al-Quran.

"Kanak-kanak mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun diminta untuk memasuki halaqah al-Quran setiap masa di masjid-masjid untuk mempelajari dan menghafaz al-Quran walaupun dalam keadaan perang. Setiap pelusuk masjid di sana juga sentiasa penuh dengan penduduk untuk menunaikan solat, termasuk solat subuh.

"Ini menunjukkan penduduk di sana sentiasa memberi keutamaan kepada hal ehwal yang berkaitan dengan solat dan al-Quran. Sebab itu mereka lahir sebagai pejuang yang tidak takut selain daripada Allah dan tidak melakukan apa-apa penyelewengan," katanya.

Menyentuh tentang program Membina Generasi Solat (MGS), beliau menegaskan program tersebut merupakan program keutamaan Kerajaan Negeri Kelantan.

"Kita tidak mahu ada rakyat kita yang terlibat dengan pelbagai isu sosial dan isu- isu yang menyalahi syariah. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan pelbagai model dan modul serta didikan yang berteraskan agama kepada rakyat Kelantan.

"Contohnya kita wujudkan program MGS dan Membina Generasi al-Quran (MGQ) dan sebagainya di bawah pelaksanaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi mempastikan rakyat di negeri ini tidak lari daripada landasan yang ditetapkan oleh syariah", ujarnya.

Dalam majlis itu juga diadakan majlis penyampaian hadiah pertandingan tilawah, hafazan, azan dan pidato (THAP) yang telah diadakan pada 12 Oktober lepas di Maahad Taqaddum Maarif Pasir Tumbuh. 

Turut disampaikan juga hadiah kepada peserta terbaik MGS kategori kanak-kanak, remaja, dewasa, guru dan tempat terbaik. Parlimen Kubang Kerian muncul johan keseluruhan dalam pertandingan tersebut.

Hadir sama, Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Nik Bahrum Nik Abdullah, Pengarah JAHEAIK Dr Hasnan Ramli, Ketua Pengelola Halaqat Ustaz Bukhari Hamat, Ahli-Ahli Dewan Negeri Kelantan (ADN) Timbalan Pengelola Halaqat dan Pengelola- Pengelola Halaqat kawasan.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook