Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Sukarelawan tarik kereta elak dihanyut arus sungai

Sukarelawan tarik kereta elak dihanyut arus sungai

KUALA KRAI: Skuad Sukarelawan Kuala Krai terpaksa bekerja keras menarik keluar dua kereta penduduk yang hampir ditenggelami banjir di Jeti Tangga Bratley (Krai) pagi tadi.

Dua kereta terbabit dipercayai milik penduduk yang tinggal di kampung seberang Kuala Krai.

Adun Guchil Hilmi Abdullah berkata, gotong royong menarik keluar kereta terbabit disertai Skuad Bantu Kuala Krai.

“Mereka bekerja keras menarik dua kereta terbabit menggunakan tali yang ditarik menggunakan pacuan empat roda.

“Saya merakam ucapan terima kasih kepada sukarelawan terlibat yang bekerja keras menaik keluar kereta,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Usaha menyelamat itu yang diviralkan menunjukkan beberapa lelaki terpaksa menyelam bagi mengikat tali pada kereta tersebut sebelum ditarik menggunakan tali oleh pacuan empat roda.

Kereta terbabit hanya kelihatan bumbung, ditinggalkan di tebing Sungai Kelantan di Tangga Krai oleh pemiliknya yang menetap di kampung seberang.

Bagaimanapun paras Sungai Kelantan melimpah mulai malam tadi disebabkan hujan lebat di kawasan hulu sejak dua hari lepas.

Penduduk tempatan berkata, kereta tersebut terpaksa ditarik bagi mengelakkan dihanyutkan arus sungai sekiranya paras air terus meningkat.



Sementara itu di Tumpat Adun kelaboran Adanan Hassan berkata, beberapa kawasan di DUN terbabit terjejas akibat banjir termasuk Kubor Dato', Taman Sri Dalam Rhu, Kampung Kelong, Kampung Besut dan Kelaboran.

“Saya menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah hendaklah sentiasa berwaspada keadaan sekeliling dan sekiranya menerima 

arahan berpindah hendaklah bertindak segera.

“Pastikan terlebih dahulu segala dokumen penting diletak di tempat selamat sebelum berpindah,” ujarnya.  

Di Kota Bharu lorong Masjid Padang Enggang dan beberapa laluan kampung menghubungkan Pasir Hor-Telipot tidak boleh dilalui kenderaan ringan sekitar jam 8 pagi tadi.  

Di Pengkalan Chepa dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka awal pagi tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sering dan SK Tapang. 

Sebanyak 140 mangsa daripada 33 keluarga dipindahkan ke PPS tersebut.

Adun Panchor Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, operasi pemindahan yang melibatkan penghulu mukim dan petugas Pusat Khidmat DUN Panchor berjalan lancar biar pun terpaksa bertugas pada awal pagi. 

“Insya-Allah, kami sentiasa bersiap siaga untuk membantu penduduk sepanjang musim tengkujuh sekarang dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan dan kebajikan mangsa,” ujarnya. 

Sementara anggota Exco Kerajaan Negeri Dato’ Dr Izani Husin berkata, Pasukan RCSB Kota Bharu bertindak pantas memasang papan tanda amaran ‘Air Melimpah’ di lokasi terlibat dengan banjir bagi mengelakkan kemalangan. 

Katanya pemantauan rapi turut dilakukan di kawasan tersebut bagi memastikan keadaan terkawal dan sebarang risiko dapat dielakkan. 

“Hujan lebat berterusan menyebabkan laluan FT008 di Section 371.00 berhampiran McD Kok Lanas, Kota Bharu ditutup kepada semua jenis kenderaan. 

“Trend air mula menaik sekitar jam 11.00 malam dan pada jam 12 tengah malam paras air mencapai kedalaman 0.8 meter, meliputi kawasan sepanjang 200 meter. Laluan tersebut terus ditutup bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. 

Beliau juga berkata, usaha pantas pasukan di lapangan sangat dihargai dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan meminimumkan risiko kemalangan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook