Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Sumber air dari bukit dialir ke kawasan sawah
utama

Sumber air dari bukit dialir ke kawasan sawah


KOTA BHARU: Kerajaan negeri berusaha membaik pulih semula bendang-bendang terbiar termasuk di jajahan Machang bagi meningkat pengeluaran padi di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, beberapa perbincangan diadakan bagi mencari sumber air untuk dialir ke kawasan sawah di Machang.

Antaranya kata beliau melaksanakan pengairan bersumberkan air tandak. 

“Satu daripada projek itu diluluskan di Kampung Simpang Guntung yang boleh mengairi 300 ekar sawah.

“Saliran air tandak daripada puncak bukit dijangka siap bulan ini dan kawasan takungan air khas dibina untuk tanaman padi di Dun Kemuning,” katanya di sini. 

Menurutnya juga perbincangan dibuat dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang serta Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Machang bagi memulihkan sawah terbiar di jajahan tersebut. 


Selain itu kawasan baharu yang sesuai dengan tanaman padi dikenal pasti termasuk tanah rizab kerbau di Tumpat.

Kata beliau program itu akan dilaksanakan di bawah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Kelantan di Kampung Ana 1, Ana 2 dan Ana 3 di Tumpat.

“Kerajaan negeri bekerjasama dengan KADA untuk bangunkan tanah yang belum ditanam padi iaitu kira-kira 200 ekar. 

“Di kawasan itu sistem pengairan dan saliran yang sudah ada, cuma perlu disambung sedikit sampai untuk sampai ke lokasi terbabit.

“Kawasan itu sesuai dibangun dengan mewujudkan sawah skala besar seperti Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB),” ujarnya. 


Oleh itu katanya kerajaan negeri dan pusat bekerjasama bagi membangunkan lebih banyak SMART SBB seperti di Sekinchan, Selangor di Kelantan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook