Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Tidak wajar kerajaan iktiraf UEC

Tidak wajar kerajaan iktiraf UEC


KOTA BHARU: Kerajaan dianggap tidak konsisten mendepani prinsip perpaduan melalui satu dasar pendidikan kebangsaan biar pun lebih 67 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Pakar Linguistik sebuah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob berkata, pendidikan sebagai satu usaha berterusan bagi melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.


Kata beliau usaha kerajaan membangunkan taraf pendidikan rakyat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK). 

“Falsafah Pendidikan Negara digubal untuk melahirkan pelajar mengikut acuan Malaysia.

“Dasar induk pendidikan di Malaysia merupakan gagasan idea dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang berakar masyarakat majmuk dan berbilang kaum serta kebudayaan,” katanya di sini. 

Kata beliau juga sikap tidak mahu menerima pakai sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan melambangkan sikap tidak patriotik kepada negara.

Menurutnya tindakan pihak terbabit bertentangan prinsip Rukun Negara kerana entitinya meremehkan gagasan idea negara dan keberkesanan dasar pendidikan yang berjalan sejak sekian lama. 

Oleh itu beliau berkata, Unified Examnination Certificate (UEC) yang dikendalikan Gabungan Sekolah Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak wajar diiktiraf kerajaan Malaysia.

Katanya mereka tidak menjadikan pelajarnya sebagai rakyat Malaysia sebaliknya menjadikan pelajar berkiblat benua China. 

“Sikap ini menyebabkan perpaduan dan keharmonian kaum sukar digarap dan integrasi nasional yang diuar-uarkan saban waktu tidak mungkin dicapai kerana pendidikan sumber jati diri negara.

“Ia juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan di Malaysia,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook