Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Ulama rekod kisah mimpi bertemu Rasulullah saw dalam buku

Ulama rekod kisah mimpi bertemu Rasulullah saw dalam buku



KOTA BHARU: Ulama zaman lampau merekodkan kisah mimpi bertemu Rasulullah saw dalam karya sebagai pedoman membangkitkan kecintaan kepada baginda.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, begitu juga dengan pengalaman Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bermimpi bertemu Rasulullah saw tidak perlu dipolemik bagi meraih laba politik.

"Ia untuk memperjelaskan kepada masyarakat mimpi bertemu Nabi s.a.w walau kepada sesiapa sahaja, ada suatu kemuliaan yang tidak perlu diperlekeh apa lagi dipolemik. 

"Diharapkan ulama dan asatizah boleh menjelaskan hal ini lebih terperinci," katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Sabtu lepas Presiden PAS bercerita tentang mimpi berjumpa Rasulullah saw pada slot tafsir surah Rom sempena Ijtimak Tarbawai 10.0 Pemuda PAS Malaysia.

Pada pendedahan itu Tuan Guru Abdul Hadi memberitahu bermimpi bertemu Nabi Muhammad saw selepas menunaikan solat istikharah, meminta petunjuk menghadiri Muktamar Penyatuan Islam Sedunia di Iran.

Menurutnya ada rakan di negara Arab menasihatnya tidak menghadiri perhimpunan tersebut, sebaliknya sahabatnya warga Iran bermazhab Sunni memintanya agar dapat hadir pada pertemuan itu.

Malah sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Dr Harun Din pernah mendedah mimpi hampir serupa.

Bagaimanapun Mohd Asri yang juga Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta meminta semua semua pihak agar melihat kronologi dan video penuh terbabit.

Beliau berkata, meski pun mimpi tersebut tidak boleh dijadikan dalil dan hujah untuk orang lain, namun ia sebagai panduan untuk dirinya.

"Jika cerita mimpi tersebut berterusan dipolemik serta sengaja diberi naratif salah, ia pasti akan disambung oleh lidah-lidah juhala' (orang-orang yang jahil).

"Ini bukan sahaja memperli serta meremehkan orang lain, tetapi boleh menyebabkan persendaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook