Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

UPKN MANTAPKAN PERANCANGAN STRATEGIK 2025
utama

UPKN MANTAPKAN PERANCANGAN STRATEGIK 2025

Oleh: Norzana Razaly

PASIR PUTIH, 23 November – Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) telah mengadakan sesi retreat khas bagi memperkukuhkan perancangan strategik tahun 2025.

Program tersebut bertujuan memastikan hala tuju UPKN seiring dengan matlamat kerajaan negeri untuk merealisasikan visi "Kelantan Sejahtera 2033.

Pengarahnya, Razuan Awang Hamad bersyukur atas kelancaran program yang berlangsung selama tiga hari dua malam di sebuah resort, di sini, dengan penyertaan seramai 36 warga kerja itu berjaya mencapai lima resolusi penting.

Beliau menegaskan bahawa resolusi yang dicapai menjadi panduan bagi setiap anggota organisasi untuk bergerak sederap ke arah keberhasilan matlamat bersama.

Menurutnya, resolusi utama yang digariskan ialah mengemas kini visi, misi, dan objektif UPKN mengikut keperluan semasa, agar relevan dengan cabaran terkini.

Diikuti, penetapan sasaran kerja utama berdasarkan gerak kerja unit masing-masing secara objektif dan jelas.

Seterusnya, memposisi UPKN melalui penstrukturan yang lebih dinamik dan menyeluruh, demi meningkatkan kecekapan organisasi.

Disusuli agenda mempertingkatkan usaha pembudayaan kerja secara tersusun dan berpasukan, untuk mencapai keberkesanan operasi.

Terakhir penting, memperkasa jalinan kolaboratif dengan rakan strategik melalui pendekatan yang lebih tersusun.

Selain itu, kata Razuan lagi, UPKN telah mengenal pasti lima bidang fokus utama, disokong oleh 23 strategi dan diterjemahkan melalui pelaksanaan 77 program serta aktiviti pada tahun hadapan.

Sebanyak tujuh flagship atau program unggulan turut disasarkan menjadi pemangkin utama kepada pencapaian matlamat strategik.

“Resolusi yang dicapai adalah manifestasi komitmen dan kerjasama semua pihak dalam UPKN. Kita yakin dengan usaha bersungguh-sungguh, organisasi ini mampu menghadapi cabaran komunikasi era baharu dan memenuhi keperluan rakyat Kelantan dengan lebih efektif,” jelasnya.

Retreat yang dirasmikan pembukaannya pada 21 November oleh Timbalan Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta YB Nik Bahrum Nik Abdullah itu menjadi platform perancangan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kakitangan.

Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud yang merasmikan majlis penutup program, hari ini, yakin dengan pelan tindakan strategik yang dirangka, azam UPKN untuk terus menjadi peneraju dalam usaha penyampaian maklumat yang inovatif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat Kelantan Insya-Allah terlaksana.

"UPKN adalah ‘Tongkat Serandang’ kepada Kerajaan Negeri mesti memainkan peranan utama khasnya dalam penyampaian maklumat tepat serta pencapaian Kerajaan Negeri agar sampai kepada akar umbi. Tahniah atas kesediaan serta kebersamaan semua," ujarnya.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook