Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

2142 TAN SAMPAH  PASCA BANJIR BERJAYA DIBERSIHKAN MDT
utama

2142 TAN SAMPAH PASCA BANJIR BERJAYA DIBERSIHKAN MDT

Kredit foto FB YB Hilmi Abdullah

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 22 Disember- Seberat 2142 tan sampah pasca banjir telah berjaya diangkut oleh pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT), dengan menelan kos sebanyak RM476,983.75.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah berkata, sepanjang tujuh hari operasi pembersihan yang bermula dari 5 hingga 11 Disember, sebanyak 1065 trip lori digunakan untuk mengangkut sisa-sisa sampah tersebut.

"Jumlah ini melebihi kadar biasa iaitu 35 trip sehari dengan sampah seberat 80 tan sahaja, tetapi pasca banjir ini ia mencapai ke 300 tan dengan 150 trip lori sehari telah diangkut oleh pihak MDT dengan bantuan rakan PBT dari seluruh Kelantan dan luar Kelantan. Bantuan juga datang daripada Alam Flora, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Intitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) serta syarikat swasta".

"Semua sisa pepejal dan sampah pukal ini telah dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Kampung Kok Bedolah dan diuruskan oleh Pengurusan Sisa Pepejal Mubarakan".

YB Hilmi berkata demikian menerusi satu kenyataan di media sosial miliknya pada Jumaat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari seluruh Negeri Kelantan dan seluruh negara yang sudi turun membantu dalam operasi pembersihan pasca banjir ini.

"Tahniah dan terima kasih kepada Yang Dipertua (YDP), Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, dan kakitangan MDT serta kepada semua yang terlibat seperti NGO, para dermawan dan sukarelawan yang turut membantu dam operasi ini.

" Tahniah juga kepada semua penduduk yang dapat bersabar dengan ujian yang menimpa ini. Semoga kesabaran kita dalam menghadapi ujian ini akan diganti dengan ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT", katanya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook