Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Agensi pusat di Terengganu dapat tekanan Putrajaya
utama

Agensi pusat di Terengganu dapat tekanan Putrajaya


BESUT: Kerajaan Terengganu merintis usaha bagi membendung penglibatan kartel dalam industri beras sehingga merugikan pesawah yang membanting tulang empat kerat di tengah sawah. 

Anggota Exco kerajaan negeri Dr Azman Ibrahim berkata,  Terengganu merintis usaha mengeluarkan beras sendiri jenama Beras Ganu MyGAP bermula pada tahun 2020 dengan ada rantaian tanpa melibatkan orang tengah. 

Katanya bermula dari pesawah,  pemborong dan pengilang terdiri daripada rantaian yang sama. 

"Pada peringkat awal Beras Ganu diperkenalkan iaitu pada 2020 ketika wabak Covid-19 melanda negara, ia kurang mendapat sambutan. 

"Namun setelah berlaku kenaikan harga beras import dan beras putih tempatan hilang di pasaran Beras Ganu semakin mendapat sambutan sehingga tidak dapat menampung permintaan," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jabi di sini hari ini. 

Beras Ganu dikeluarkan Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) . Beras tersebut sebelum ini dikilangkan di Konsortium Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). 

Dr Azman berkata, apabila semua pihak berpadu tenaga dengan membentuk rantaian sama,  sudah tentu sukar kartel untuk memainkan peranan mengaut keuntungan secara mudah. 


"Inilah penting semua rantaian dalam industri beras membentuk kerjasama padu bagi mengelakkan kartel mengambil kesempatan," katanya. 

Bagaimanapun kata beliau usaha mewujudkan beras MyGAP berdepan dengan laluan berliku selepas Putrajaya ditadbir kerajaan Madani. 

Menurutnya berdasar maklumat yang diterima terdapat tekanan daripada pusat terhadap agensi persekutuan yang bekerjasama dengan kerajaan Terengganu bagi mengeluarkan Beras Ganu. 

Dr Aman berkata ekoran tekanan daripada pusat,  menyebabkan kerajaan negeri merancang memiliki kilang padi sendiri bagi mengelakkan bergantung kepada kilang padi pihak lain. 

"Sedangkan sebelum ini kerajaan negeri membantu kilang konsortium LPP dengan memberi insentif kepada pesawah yang menghantar padi ke kilang tersebut. 


"Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan RM200,000 semusim bagi membayar insentif tambahan bernilai RM105 per tan padi kepada setiap pesawah yang memiliki sijil MyGAP, " ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook