Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ahli parlimen pembangkang digantung lagi
utama

Ahli parlimen pembangkang digantung lagi

 


ARUS LEBIR 

MUNGKINKAH gred D atau 45.8 peratus yang diberi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merosot lagi. Mungkin boleh mengesot kepada D- kerana isu yang berlaku sekarang. 

Tidak sampai sebulan selepas skor tersebut diumum Bersih pada 18 November lalu, seorang lagi ahli parlimen pembangkang digantung. 

Sebelum ini Pengerusi Bersih Muhammad Faisal Abdul Aziz memberitahu markah diberi kerana wujud jurang signifikan aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Ketika kajian itu diunjur Bersih, hanya seorang pembangkang digantung menghadiri mesyuarat. Namun, hari ini jumlah digantung bertambah kepada dua orang. 

Pada 18 Julai 2024 Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal digantung selama enam bulan. Alasan digantung ada kaitan surat layang mengenai maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).


Wan Fayhsal digantung hanya kerana bimbang aset milik negara terlepas ke tangan pihak luar. Namun, Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mengendah alasan itu, sebaliknya terus digantung. 

Usul penggantungan Ahli Parlimen Machang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Umno Azalina Othman Said.

Sebelum itu pada 1 Julai 2024 ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Wan Fayhsal menuntut penjelasan berhubung keputusan penjualan sebahagian saham MAHB.

Beliau mendakwa menerima surat layang mendedahkan dalang di sebalik keputusan berkenaan. Ramai bimbang pengurusan Dewan Rakyat Malaysia ke arah semakin rigid. 


Gantung 6 bulan

Jangan pula disebut orang sebagai kejang, keras dan tegar.

“Sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum Dewan Rakyat membuat keputusan menggantungnya selama enam bulan,” kata bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.


Kata bekas menteri itu, Ahli Dewan Rakyat sepatutnya diberi ruang untuk mempertahankan dirinya menerusi jawatankuasa tersebut.

Maka tidak salah sekiranya Bersih melihat tiada reformasi seperti dilaungkan PKR ketika berada di saf pembangkang. Skor D mungkin hanya sekadar layak memohon memasuki Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Madani. 

Skor D nampaknya gelincir lagi. Buktinya hari ini Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim pula menjadi mangsa. Beliau diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari.



Apa puncanya. Awang dilapor mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker Dewan Rakyat menerusi aplikasi TikTok pada 18 Julai lalu. Isunya sudah lama, namun cuba disuburkan semula.

Keputusan Johari Abdul itu susulan Awang tidak menarik balik atau melakukan permohonan maaf susulan tindakan terbabit.

“Saya mengemukakan surat kepada Awang pada 22 Julai lalu supaya menarik balik ucapan berkenaan dan membuat permohonan maaf, tetapi sehingga hari ini belum ada tindakan,” kata Johari.

Bagi pembangkang tindakan Speaker itu seolah-olah menghakimi isu berkaitan dirinya sendiri.

Kata Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan, isu pertembungan kepentingan dianggap berlaku dalam kes tersebut.

"Seorang hakim tidak boleh menghakimi dirinya sendiri, ini membabitkan conflict of interest. Bagi menjaga integriti sebagai speaker seperti seorang hakim (Parlimen), tak sepatutnya speaker mengendalikan kes berkaitan diri sendiri. Biarlah ia dilakukan timbalan speaker," katanya.

Hujah serupa dibangkit bekas Timbalan Speaker Dr Ronald Kiandee. Beliau yang juga ahli parlimen Beluran meminta keputusan itu dipertimbangkan semula.

Dr Ronald pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker selama 10 tahun. Menurutnya ada beberapa Ahli Parlimen sebelum ini dirujuk dan digantung enam bulan. 


TikTok

“Apabila kes Ahli Parlimen membabitkan speaker, lazimnya konvensyen dibuat di dewan dipengerusikan Timbalan Speaker. Apa lagi bagi kes yang berlaku di luar Dewan, menerusi TikTok, ia sepatutnya perlu kepada penyiasatan," katanya.

Bukan sahaja pembangkang tidak setuju keputusan speaker. Hassan Abdul Karim dari PH-Pasir Gudang mencadangkan speaker merujuk Awang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.



Isu itu muncul apabila Awang pada 4 November mendakwa wang tunai RM94 juta dijumpai di kediaman seorang bekas menteri DAP. Namun, hari ini beliau membetulkan semula sedikit kekhilafan dalam kenyataan awal.

Bagi meredakan suasana Awang memohon maaf dan menarik balik kenyataannya. Namun, speaker kekal dengan skripnya. 

Wajah Madani semakin muram sekarang. Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang pernah dijulang Amerika Syarikat, Selasa lepas tiba-tiba mengisytiharkan undang-undang tentera. Kejanggalan itu berlaku di luar lingkaran. 

Isu yang berlaku di parlimen ternyata mencacatkan lagi wajah Madani. Rabu lepas sekumpulan wartawan dan NGO berarak ke parlimen membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.  

Apa pun kita tunggu November 2025, apa pula skor akan diberi Bersih C atau F.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook