Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Air bertakung sukar ibu bapa sukar hantar anak ke tadika
utama

Air bertakung sukar ibu bapa sukar hantar anak ke tadika


KOTA BHARU: Masalah air bertakung di jalan ke Tadika Kemas, Kampung Belukar, Telipot mendapat perhatian Adun Bunut Payong Shaari Mat Yaman dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Hari ini Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Mhd Nordin Ibrahim bersama pegawai MPKB-BRI meninjau lokasi tersebut.

Jalan terbabit sering tenggelam ketika hujan lebat menyebabkan ibu bapa sukar menghantar anak ke tadika.

Begitu juga penduduk yang tinggal di kawasan tersebut terpaksa memindahkan kenderaan mereka ke tempat lain apabila hujan lebat mencurah.

Masalah itu sudah lama berlarutan, namun gagal ditangani sehingga sekarang.

Masalah serupa juga membelenggu penduduk Pasir Kota di pinggir Sungai Kelantan di mana air banjir termenung melepasi paras dada mengambil masa lama untuk kembali surut.


Shaari berkata, situasi itu menyebabkan banyak harta benda milik penduduk rosak.

“Penyelesaiannya dengan membuat saliran bagi mengalirkan air ke longkang besar dan ke kawasan takungan air di Lembah Sireh.

“Semak dan belukar yang tumbuh meliar di kawasan laluan air juga menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar,” katanya ketika meninjau lokasi tersebut.

Turut hadir Ahli-ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Aidy Hassan dan Che Azlina Che Harun serta pegawai MPKB-BRI dan wakil pemaju Lembah Sireh.

Shaari juga berkata, masalah terbabit diketengah kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MPKB-BRI supaya dapat diambil tindakan segera.



“Di Kampung Pasir Kota terdapat lebih 100 rumah penduduk yang terkepung akibat air banjir termenung.

“Penduduk terpaksa menggunakan perahu untuk keluar bekerja dan pelajar datang ke sekolah,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook