Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DATO' MUMTAZ BANGKITKAN ISU PERKEMBANGAN INDUSTRI HALAL MALAYSIA-CHINA
utama

DATO' MUMTAZ BANGKITKAN ISU PERKEMBANGAN INDUSTRI HALAL MALAYSIA-CHINA

Oleh: Norzana Razaly

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Ahli Parlimen Tumpat YB Dato' Mumtaz Md Nawi membangkitkan isu perkembangan industri halal, termasuk sektor makanan dan pelancongan Muslim dalam sesi pertemuan bersama Naib Pengerusi Kumpulan Persahabatan Malaysia-China H.E. Li Jinbin.

Pertemuan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia, pada Selasa.

Dato' Mumtaz dilantik sebagai ahli Parliamentary Friendship Group bagi negara-negara benua Asia Timur oleh Speaker Parlimen Dato' Dr Johari Abdul, sejak 5 April 2023.

Beliau menegaskan peranan penting kumpulan itu dalam memantapkan hubungan dua hala di antara ahli parlimen Malaysia dan negara asing.

“Antara tugas kami, tujuh ahli mewakili Parlimen Malaysia adalah mengeratkan hubungan persahabatan dengan ahli parlimen luar negara, bertukar pandangan, serta menyuarakan pendapat mengenai isu yang menjadi kepentingan bersama antara kedua-dua negara,” ujar Dato' Mumtaz ketika dihubungi, hari ini.

Dalam sesi tersebut, Dato' Mumtaz turut menggariskan potensi besar kerjasama Malaysia dan China dalam memperkukuh ekonomi halal global.

"Langkah ini diharapkan dapat merancakkan lagi industri pelancongan Muslim dan menyokong agenda perdagangan yang selaras dengan nilai-nilai Islam memandangkan satu penegasan dan komitmen besar diperlukan kerana kini jumlah dagangan industri halal kian berkembang terutama berkaitan dengan industri makanan," jelasnya.

Beliau turut memuji usaha proaktif Parlimen Malaysia dalam menjalin hubungan strategik di peringkat antarabangsa demi kepentingan bersama.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook