Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

EXCO PELANCONGAN KELANTAN, TERENGGANU "TTEMU MATA" BINCANG MAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN
utama

EXCO PELANCONGAN KELANTAN, TERENGGANU "TTEMU MATA" BINCANG MAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN

Kredit foto FB Datuk Kamarudin Md Nor

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 23 Disember- Dalam usaha memajukan sektor pelancongan di Kelantan dan Terengganu, kedua-dua exco yang mempengerusikan portfolio berkenaan telah mengadakan program ramah mesra bersama portfolio pelancongan dan kebudayaan kedua-dua negeri  di sebuah hotel terkemuka di Terengganu, pada Sabtu.

Kelantan diwakili Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor manakala Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim YB Datuk Razali  Idris bertindak sebagai tuan rumah.

Menurut Datuk Kamarudin, program tersebut merupakan platform penting bagi mengeratkan kerjasama antara dua negeri Pantai Timur ini dalam usaha untuk memartabatkan warisan, budaya dan sektor pelancongan di kedua-dua negeri tersebut.

"Program seperti ini bukan sahaja membuka peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman, malah ia juga merupakan satu langkah proaktif dalam usaha memperkukuhkan agenda pelancongan dan kebudayaan kedua-dua negeri.

"Kita yakin dengan program sebegini, akan ada banyak peluang baharu yang dapat diterokai untuk memberi impak yang positif kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat," katanya menerusi satu kenyataan di media sosial miliknya, pada Ahad.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak YB Datuk Razali di atas layanan istimewa yang diberikan kepada rombongan dari Kelantan.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutama YB Datuk Razali dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat ini akan memberi manfaat kepada semua pihak," tambahnya.

Seterusnya, Datuk Kamarudin turut merasmikan bengkel hala tuju "Indahnya Kelantan 2025" anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) yang diadakan di sebuah hotel yang berlainan di Terengganu.

Bengkel tersebut diadakan bagi membincangkan maklum balas, penambahbaikan serta cadangan yang telah dikumpulkan daripada pelbagai agensi dan persatuan untuk dilaksanakan pada tahun 2025.

Bengkel tersebut turut dihadiri Timbalan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan YB Zameri Mat Nawang, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Pelancongan dan Kebudayaan, Mohd Zaki Ismail, Wakil Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKN), Zainal Abidin Muhamad dan Azman Mat Dahan, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) Mohd Hafiz Che Mahmud dan kakitangan TIC.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook