Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

FGV HOLDING SUMBANG RM150,000 KEPADA MANGSA BANJIR DI TUMPAT
utama

FGV HOLDING SUMBANG RM150,000 KEPADA MANGSA BANJIR DI TUMPAT

Oleh: Saliemin Khesa

TUMPAT, 12 Disember - Syarikat FGV Holding Berhad telah menyumbang sebanyak RM150,000 kepada mangsa banjir di jajahan Tumpat yang merupakan antara kawasan paling terkesan dengan bencana itu melibatkan lebih 12,000 orang mangsa.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat, bantuan yang berupa enam barangan dapur yang setiap satu berjumlah 1,200 tersebut dibahagikan mengikut kawasan di tiga DUN iaitu Wakaf Bharu (200), Taman Sri Dalam Rhu, Kelaboran (300) dan Taman Seri Bayu, Pengkalan Kubur (700).

"Bagi mangsa banjir di Pasir Pekan, mereka telah menerima bantuan daripada mangsa daripada tiga DUN ini kerana tidak ramai.

"Di kawasan tiga ini, biasanya sekolah-sekolah menjadi pusat pemindahan sementara (PPS), tapi tahun ini agak teruk sehingga tandas dan dewan turut dinaiki air (tenggelam).

"Jadi orang nak guna sangat susah," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir daripada FGV Holding Berhad di Dewan Bunga Raya Pantai Sri Tujuh, di sini pada Khamis.

Jelas beliau, enam barangan bantuan tersebut adalah beras salji 10 kilogram (kg), minyak masak Saji 5kg, gula prai 2kg, susu krimer pekat dua tin (2,400 beg), Sajimee Goreng dan Brightcow Coklat yang masing-masing berjumlah 1,200 beg dan 2,400 beg.

Turut hadir, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan, ADN Wakaf Bharu Mohd Rusli Abdullah serta Ketua Bahagian Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kumpulan merangkap Ketua Misi Bantuan Banjir Kumpulan FGV.

Menjawab persoalan berkenaan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terjejas dengan bencana banjir, beliau berkata, terdapat enam buah sekolah yang terlibat dan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun dipindahkan ke tempat yang selamat dan bersesuaian.

"Jumlah calon SPM di Kelantan adalah seramai 27,003 orang pelajar, manakala untuk calon YIK pula 5,163 orang pelajar.

"Jadi jumlah keseluruhan pelajar SPM yang terlibat dengan banjir ialah seramai 3,263 orang pelajar.

"Mereka ini telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang dicadangkan oleh pihak YIK dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), yang telah diputuskan dalam mesyuarat bersama" katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut menerima laporan mengenai kehadiran penuh pelajar YIK dalam menghadapai peperiksaan SPM walaupun terjejas akibat bencana banjir.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook