Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN BANGGA PRODUK KELUARAN SYARIKAT BUMIPUTERA TEMBUSI PASARAN AMERIKA SYARIKAT- EXCO PELABURAN
utama

KELANTAN BANGGA PRODUK KELUARAN SYARIKAT BUMIPUTERA TEMBUSI PASARAN AMERIKA SYARIKAT- EXCO PELABURAN

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 18 Disember- "Kerajaan Negeri Kelantan berbangga apabila produk keluaran syarikat bumiputera iaitu I-Medikal Pharma Holding Berhad berjaya menembusi pasaran New York, Amerika Syarikat," kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mejar (B) Dato' Md Anizam AB Rahman.

Beliau menjelaskan bahawa kejayaan produk tersebut menembusi pasaran Amerika Syarikat dan merupakan satu perkembangan yang menarik kerana ia satu-satunya produk keluaran syarikat bumiputera dari Malaysia yang berjaya menembusi pasaran di sana.

"Kita bangga kerana produk LX-Hydro keluaran I-Medikal ini dijangka akan masuk ke pasaran New York, Amerika Syarikat pada bulan Januari 2025. Ini merupakan satu perkembangan yang menarik.

"Produk ini merupakan satu produk kesihatan yang boleh mengembalikan  tenaga kepada kita selepas bekerja dan sebagainya."

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Produk "Dari Kota Bharu ke New York" di Wisma I-Medikal, hari ini.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri Kelantan menyokong produk ini menembusi pasaran Amerika Syarikat kerana negara tersebut sudah terkenal di seluruh dunia.

"Apabila Amerika menerima produk ini, insya Allah, negara-negara lain akan turut sama menerima produk keluaran syarikat I-Medikal ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif I-Medikal, Azman Abdul Jalil menjelaskan bahawa pemilihan Amerika Syarikat sebagai negara pertama untuk mengeksport produk tersebut adalah disebabkan negara tersebut mempunyai pasaran yang luas, terbuka serta kuasa beli rakyatnya tinggi. Manakala populasi penduduknya juga tinggi berbanding negara lain.

Kata beliau lagi, sokongan daripada pihak kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Exco Pelaburan telah memberi semangat dan suntikan kepada syarikat terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

Untuk rekod, produk LX-Hydro merupakan satu minuman kesihatan premium yang dicipta untuk mengekalkan tenaga. Ia didatangkan dengan empat perisa iaitu oren, strawberi, anggur dan epal.

Produk ini sesuai untuk individu yang aktif fizikal, atlet dan golongan yang mengalami dehidrasi akibat cuaca panas atau penyakit.

Hadir sama, Presiden I-Medikal Pharma Holding Berhad, Yusmat Mamat, Timbalan Presiden I-Medikal Pharma Holding Berhad, Hasnah Zakaria, Pengarah MATRADE, Zaimah Osman, Pengarah MITI Pahang, Lee Meng Tat dan Pengarah MIDA Kelantan, Wan Mohd Supian Wan Deris.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook