Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN CARUM 752 SURI RUMAH DI BAWAH SKIM KESELAMATAN
utama

KELANTAN CARUM 752 SURI RUMAH DI BAWAH SKIM KESELAMATAN

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 16 Disember – Kerajaan Negeri Kelantan terus komited memastikan kebajikan golongan suri rumah terpelihara melalui pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kelolaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Rohani Ibrahim berkata, tahun ini, sebanyak 752 suri rumah di seluruh Kelantan telah dipilih untuk menerima caruman penuh RM120 bagi tempoh setahun di bawah inisiatif Skim Cakna Suri.

Menurutnya, sejak diperkenalkan pada tahun 2020, Skim Cakna Suri telah memberi manfaat kepada 27,671 suri rumah di Kelantan.

Inisiatif tersebut bertujuan memberikan perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif, sekali gus menghargai peranan penting suri rumah dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

"Kita harap selepas tempoh perlindungan ini tamat, suri rumah dapat menyambung sendiri caruman ini sebanyak RM10 sahaja sebulan yang kita kira sangat minimum sebagai tanda kesedaran dan pelaburan untuk kesejahteraan masa depan mereka sendiri," katanya ketika merasmikan program di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Mengulas lanjut, YB Rohani menegaskan bahawa pelaksanaan SKSSR adalah tindakan proaktif Kelantan dalam memastikan kebajikan suri rumah terus diberi keutamaan, menjadikan mereka sebagai tonggak kesejahteraan negeri.

“Langkah ini merupakan satu manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam melindungi golongan suri rumah daripada sebarang situasi tidak dijangka,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urus setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa), Ilvira Mohd Dasuki menjelaskan bahawa penerima Skim Cakna Suri tahun ini dipilih melalui proses penilaian rapi bersama pihak U-KeKWa dan PERKESO.

"Skim ini adalah pengiktirafan kepada ketabahan dan pengorbanan suri rumah yang menjadi nadi kepada institusi keluarga dan masyarakat. Ia juga memberi perlindungan sosial yang membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih terjamin," jelasnya.

Siti Fatimah Yusuf, 40

Seorang penerima skim tersebut, Siti Fatimah Yusuf, 40, dari Tendong, menyatakan kesyukuran dan berterima kasih atas bantuan kerajaan negeri.

"Terima kasih kerana ambil berat tentang kebajikan suri rumah sepenuh masa seperti saya. Tahun ini kerajaan negeri tolong bayar RM120 setahun skim perlindungan ini. Bulan 12 tahun depan, saya ikhtiar bayar RM10 sebulan untuk lanjutkan tempoh perlindungan selama setahun lagi," katanya ketika ditemui selepas majlis.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook