Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN MEMPUNYAI TENAGA KERJA, KAWASAN STRATEGIK UNTUK TERNAK LEMBU HIBRID - EXCO PERTANIAN
utama

KELANTAN MEMPUNYAI TENAGA KERJA, KAWASAN STRATEGIK UNTUK TERNAK LEMBU HIBRID - EXCO PERTANIAN

Kredit Foto FB YB Ustaz Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 8 Disember- Negeri Kelantan mempunyai tenaga kerja yang cukup dan kawasan strategik untuk mengembangkan industri penternakan lembu hibrid, kata Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Menurut beliau, minat golongan muda yang berumur sekitar 45 tahun untuk mengusahakan ternakan lembu secara bridlot semakin meningkat sehingga 55 peratus.

"Sebelum ini golongan muda atau belia menganggap bidang penternakan dan pertanian adalah pilihan terakhir mereka. Namun sekarang mereka sudah berminat dan menjadikan bidang ini sebagai sumber ekonomi, bahkan ada yang sudah menjadi jutawan dengan mengusahakan secara komersial".

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Perkembangan Industri Penternakan Lembu Hibrid di Kelantan" di Seminar Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging Malaysia, di Dewan Bankuet Parlimen Malaysia, pada Jumaat.

Katanya lagi, Kelantan masih mempunyai kawasan rizab haiwan yang banyak untuk dibangunkan sebagai kawasan penternakan lembu hibrid.

"Sekarang, hanya 30 peratus kawasan tersebut sedang dibangunkan dan kita masih ada 70 peratus lagi kawasan rizab haiwan yang boleh dibangunkan. Kita juga ada tiga elemen yang penting untuk mengembangkan industri penternakan lembu hibrid ini iaitu kepakaran, tenaga kerja dan persekitaran yang kondusif," jelasnya.

Tambah Dato’ Tuan Saripudin, pengeluaran lembu hibrid jenama Kelantan melalui sistem penternakan bridlot merupakan perancangan jangka panjang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dalam usaha menjenamakan sistem pengeluaran baka lembu kacukan beridentitikan masyarakat penternak di Kelantan.

"Lembu hibrid keluaran baka Kelantan ini mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti pengeluaran daging yang tinggi dan bermutu, lembu ternakan yang jinak, mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran, induk dengan sifat keibuan yang baik serta mudah diuruskan," hurainya.

Mengulas tentang seminar tersebut, beliau berkata, program sebegitu merupakan platform penting bagi memperkukuhkan peranan industri lembu hibrid dalam memenuhi permintaan daging tempatan yang berkualiti tinggi.

"Semoga segala input perbincangan yang diutarakan sepanjang seminar ini menjadi langkah awal untuk menuju kejayaan dan saya berbesar hati menerima kunjungan anda ke Kelantan untuk melihat perkembangan industri lembu hibrid di sana," ujarnya ketika membentang kertas kerja dalam seminar "Memperkasakan Industri Lembu Hibrid" yang dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan YB Datuk Arthur Joseph Kurup.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook