Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN PERTIMBANG ANGKAT BOCCE SEBAGAI SUKAN PILIHAN SUKMA 2028
utama

KELANTAN PERTIMBANG ANGKAT BOCCE SEBAGAI SUKAN PILIHAN SUKMA 2028

Oleh: Saliemin Khesa

KOTA BHARU, 8 Disember - Kerajaan Negeri Kelantan sedang meneliti cadangan untuk menjadikan sukan Bocce sebagai salah satu acara pilihan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2028, yang bakal berlangsung di negeri itu.

Menurut Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad, cadangan tersebut dapat memperkukuh usaha Kelantan dalam memperkenalkan sukan baharu dan memberi peluang kepada atlet tempatan untuk menyerlah di peringkat kebangsaan.

"Sebagaimana kita tahu, sukan ini masih lagi baru bertapak di Malaysia, terutama di Kelantan, bermula tahun 2019. Maksudnya lebih kurang lima tahun diperkenalkan.

"Insya Allah, kita (kerajaan negeri) lihat sukan ini boleh dan mampu untuk dimasyarakatkan (dikembangkan) di Kelantan," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian 4th Asia Oceania Bocce Championship 2024 di Arena Bocce, Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Apam Putra itu berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai cadangan dan senarai pilihan sukan yang akan dipertandingkan bagi SUKMA 2028 bersama Jawatankuasa Majlis Sukan Negara dan agensi-agensi yang terlibat.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Zamri Abdul Aziz, Presiden Persekutuan Boulse Bocce Malaysia (MSBBF), Razali Wan Zain, Pengarah Pembangunan Negeri, Imran Mansor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) Mohd Sabily Mohd Ramli, serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1, Anawiyah Abu Samah.

Untuk rekod, kejohanan sukan Bocce Championship 2024 memperlihatkan seramai sepuluh wakil Malaysia dari Kelantan menyertai pertandingan dalam acara beregu lelaki dan wanita yang melibatkan lapan buah negara termasuk Jepun, Mongolia, Hong Kong, Iran dan Macau.

Sukan Bocce merupakan sukan yang seakan-akan sama dengan sukan petanque dan boling padang yang mempunyai disiplin permainan tersendiri. Ia sesuai dimain oleh individu pada semua peringkat umur kerana ia tidak melibatkan sentuhan badan dan tidak membahayakan pemain.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook