Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN SUNTIK RM15,000 UNTUK AFHAM SERTAI KEJOHANAN GOLF DUNIA DI FLORIDA
utama

KELANTAN SUNTIK RM15,000 UNTUK AFHAM SERTAI KEJOHANAN GOLF DUNIA DI FLORIDA

Kredit foto FB YB Zamakhshari Muhamad 

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 24 Disember – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyerahkan dana sebanyak RM15,000 kepada pemain golf remaja dari Gua Musang, Muhamad Afham Othman sebagai persediaan menyertai Kejohanan Golf Piala Dunia Remaja 2025 di Florida, Amerika Syarikat.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk terus menyokong bakat muda Kelantan dalam arena sukan antarabangsa.

Beliau menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Afham dalam satu majlis ringkas di sebuah hotel di Kota Bharu, pada Selasa.

"Adik Afham, meskipun baru berusia 13 tahun, sudah membuktikan potensi luar biasa dalam sukan golf. Beliau bukan sahaja menjadi kebanggaan Gua Musang tetapi simbol kejayaan anak muda Kelantan yang bakal mengharumkan nama negeri dan negara di pentas dunia," catatnya melalui laman sosial, semalam.

Afham, yang diiringi bapanya, Othman Ismail dan jurulatihnya, Dinie Zakie, dijadualkan berlepas ke Amerika Syarikat pada Rabu ini. Kejohanan tersebut akan berlangsung dari 3 hingga 5 Januari tahun depan.

Mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk menampung kos perjalanan. RM15,000 disumbangkan oleh kerajaan negeri, manakala selebihnya diperoleh daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Golf Doremi.

Muhamad Afham mencuri perhatian dunia apabila muncul sebagai naib johan di Kejohanan Golf Remaja Mazda 2024 di Thailand pada November lepas. Kemenangan tersebut melayakkan beliau ke Kejohanan Golf Piala Dunia Remaja di Florida.

Lebih membanggakan, Afham bukan sahaja cemerlang di lapangan golf tetapi juga seorang hafiz muda, yang kini telah menghafaz lima juzuk Al-Quran.

“Afham adalah inspirasi anak muda. Kami doakan kejayaan beliau di Florida kelak dan berharap beliau akan terus membawa nama Kelantan dan Malaysia ke mercu kecemerlangan,” jelas YB Zamakhshari.

Turut hadir, Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Zamri Ismail.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook